Permohonan dipelawa kepada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan seperti berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29

Taraf Jawatan : Kontrak Kekosongan : 1

Jadual Gaji : Gaji Minimum : RM1,664.00 – Gaji Maksimum : RM5,094.00

Syarat Lantikan:

a) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji Permulaan: RM1,664.00 ); atau

b) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM1,889.26 ); dan

c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W27

Taraf Jawatan : Tetap Kekosongan : 1

Jadual Gaji : Gaji Minimum : RM1,367.00 – Gaji Maksimum : RM5,098.00

Syarat Lantikan:

a) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji Permulaan: RM1,742.28 ); dan

b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (a) dan (b) di atas;

(ii) lulus peperiksaan khas; dan

(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Taraf Jawatan : Kontrak Kekosongan : 1

Jadual Gaji : Gaji Minimum RM 928.00 – Gaji Maksimum RM 3,375.00

Syarat Lantikan

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. ( Gaji permulaan: RM 928.00); dan

b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon lelaki)

Syarat Kelayakan SPM:

1) Lulus 6 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan ; atau

2) Lulus 6 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mdkl.gov.my.

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

4. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

5. Tarikh permohonan pada : 12 April 2016 – 25 April 2016

6. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

IKLAN

BORANG