Select Page

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Perak) yang berumur tidak kurang daripada18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan serta berinovasi untuk mengisi jawatan berikut:-

BIL JAWATAN GRED KEKOSONGAN TARAF JAWATAN
1 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 1 Tetap
2 Penolong Pegawai Tadbir N29 1 Tetap/Kontrak
3 Pembantu Penilaian W19 1 Kontrak

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang boleh didapati melalui laman web Majlis Daerah Gerik, www.gerik.gov.my.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 MEI 2019.

(a)Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH GERIK,
JALAN HAJI MEOR YAHAYA,
33300 GERIK,
PERAK DARUL RIDZUAN.

(b) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terakhir dikepilkan.

(c) Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat atau telefon bimbit yang diberikan. Bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

PERINGATAN KEPADA PEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang MD.Gk.(A) Pind.1/2006 yang boleh didapati di laman web Majlis Daerah Gerik www.gerik.gov.my.

Permohonan hendaklah disertakan dengan

  • sekeping gambar ukuran passport,
  • salinan kad pengenalan,
  • salinan sijil lahir,
  • sijil persekolahan,
  • sijil berhenti sekolah,
  • testimonial dan sijil-sijil lain yang berkaitan.
    (Semua salinan sijil mesti disahkan dan tidak dikembalikan)

.Permohonan daripada pegawai-pegawai berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam Bab ‘A’ 17 dengan menyertakan salinan Penyata Perkhidmatan dan Laporan Prestasi Tahunan.

Permohonan yang berikut akan di tolak:
(i) tidak disertakan dokumen yang diperlukan.
(ii) tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.
(iv) tidak ditandatangani.
(v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.
(vi) lewat diterima.Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam(6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.Majlis Daerah Gerik tidak akan bertanggungjawab di atas segala perbelanjaan berkaitan permohonan ini atau tuntutan perbelanjaan temuduga.

DAH APPLY KERJA TAPI TIADA RESPONS?

Pasti ada yang tak kena ni.

Anda dah update resume kepada format baru?

Tahukah anda peluang anda untuk ditemuduga sangat cerah sekiranya menggunakan template resume infografik terkini?

Jadi update segera resume anda sekarang!

RM10 sahaja untuk 1 Template 👇

SAYA BERMINAT

Share This