Select Page

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

BIL JAWATAN KELAYAKAN MINIMUM KEKOSONGAN TARAF JAWATAN NOTA
1 PEMBANTU OPERASI (PENGASUH) PMR 2 KONTRAK (Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak).
2 PEMBANTU TADBIR (GURU) SPM 2 KONTRAK (Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak).

IKLAN PENUH

CARA MEMOHON

  1. Mohon jawatan menggunakan Sistem Perjawatan Online MBPJ
  2. Manual bantuan mengunakan Sistem Perjawatan Online.
  3. Tarikh tutup permohonan : 16 APR 2019

 

PERINGATAN PENTING KEPADA PEMOHON
Semasa mendaftar, sila pastikan format No.KP adalah seperti berikut ‘120484081234’ dan bukan ‘120484-08-1234’.
Semasa mendaftar, jika nama anda ada aksara ( ‘ ), contohnya seperti ‘Iffah/’Ain, sila masukkan nama tanpa aksara tersebut.
Sila berhubung dengan Unit Teknologi Maklumat jika anda lupa kata laluan di talian 03-79563544.
Sila pastikan semua maklumat anda adalah betul sebelum anda membuat permohonan jawatan kosong, sebarang perubahan/pembetulan maklumat selepas permohonan dibuat tidak akan diterima.
Status penerimaan bayaran anda boleh disemak sendiri dengan login ke dalam Sistem Perjawatan Online MBPJ. Permohonan jawatan kosong tanpa pengesahan penerimaan Pengesahan Bayaran dan tanpa caj RM2 ditolak dari akaun bank anda adalah dianggap tidak diterima oleh MBPJ.
Share This