Select Page

Warganegara Malaysia adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

Pemandu Kenderaan H11 (Tetap)
Gaji : RM 1,218.00 – RM 2,939.00
Umur : 18 – 54 Tahun

CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.
  • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 FEBRUARI 2019

Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :

(i) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(ii) salinan transkrip pengajian;
(iii) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(iv) salinan Lesen Kelas Memandu;
(v) salinan kad pengenalan;
(vi) salinan sijil kelahiran; dan
(vii) gambar berukuran pasport terbaru. dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

  • Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my

CATATAN AM

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya

MUAT TURUN BORANG KEKOSONGAN JAWATAN

PDF icon

MUAT TURUN IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

Nota & Contoh Soalan PTD 2019


Anda calon PTD 2019 ? Jom daftar percuma Nama dan Email anda.

Pihak kami akan memaklumkan kepada anda tentang Jualan Panduan Peperiksaan PTD 2019.

Terima kasih kerana mendaftar. Sila sahkan email anda dengan klik link yang kami hantar sebentar lagi

Share This