Select Page

Warganegara Malaysia adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johortidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

BIL JAWATAN GRED KEKOSONGAN TARAF JAWATAN
1 Pembantu Kesihatan Awam U19 1 Tetap
2 Pembantu Penguat Kuasa(Tempat Letak Kereta)(Lelaki Sahaja) KP19 1 Kontrak

IKLAN PENUH JAWATAN | BORANG PERMOHONAN

E.CARA MEMOHON:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada lamanweb Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 MEI 2019

(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-
(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) Salinan sijil Diploma/Ijazah;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui lamanweb interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm(Sijil / Diploma/Ijazah);
(vi)salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii)salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii)salinan kad pengenalan;
(ix)salinan sijil kelahiran; dan
(x)gambar berukuran pasport terbaru.danhendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

(e) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

F.CATATAN AM:
(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Share This