Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut:-

BILJAWATANGREDSTATUS JAWATAN
1PEMBANTU PENGUATKUASAKP19KONTRAK
2PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)N19KONTRAK
3PENGAWAL KESELAMATANKP11KONTRAK
4PEMANDU KENDERAANH11TETAP
5PEMBANTU AWAMCONTRACT OF SERVICE

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Portal Perak Digital (Aplikasi Kerajaan Negeri Perak).

Mohon online di sini : KLIK SINI

Tarikh tutup permohonan : 23 OGOS 2019.

CATATAN AM

(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Hanya calon-calon yang diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar sahaja yang layak dilantik mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat danPenamatan Perkhidmatan) 2012.