Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar | FEB 2020

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman  atau Warganegara Malaysia yang berunur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Bandaraya Alor Setar :

BilJawatanGredTaraf Jawatan
1 Pegawai Undang- UndangL41Kontrak
2 JuruteraJ41Kontrak
3 Pegawai Perancang Bandar dan DesaJ41Kontrak
4 Pegawai Kesihatan   PersekitaranU41Kontrak
5Penolong JuruteraJA29Kontrak

IKLAN PENUH   BORANG PERMOHONAN

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui Laman Web Rasmi MBAS di www.mbas.gov.my .

Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen perlu dihantar menggunakan sampul surat berukuran saiz A4 ke alamat:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR,
05675 ALOR SETAR,
KEDAH.

Tiada sebarang caj bayaran dikenakan kepada pemohon jawatan MBAS.

Borang permohonan jawatan boleh diserahkan di kaunter Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah.

Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat permohonan.

Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon sahaja.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen berikut ;

Gambar berukuran pasport
Kad pengenalan
Sijil kelahiran
Sijil-sijil persekolahan dan pusat pengajian tinggi
Transkrip keputusan peperiksaan
Lain-lain dokumen sokongan( sekiranya perlu )

Salinan Dokumen Tidak Perlu Pengesahan Salinan Sebenar .

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

Borang permohonan jawatan seperti berikut akan ditolak ;

Pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
Borang permohonan tidak lengkap diisi oleh pemohon. Pemohon diminta mengisi dengan lengkap semua ruangan yang disediakan pada borang permohonan jawatan MBAS.

Bagi kelayakan Ijazah atau Diploma dari pelbagai institusi pengajian tinggi, pemohon perlu melampirkan salinan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://pengiktirafan.jpa.gov.my.

Hanya calon-calon yang berjaya dalam tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi ujian dan temuduga. CALON YANG BERJAYA AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI E-MAIL.

Surat tawaran kepada calon yang berjaya akan dihantar melalui E-mail sahaja. Sila pastikan alamat E-mail ditulis dengan tepat dan betol.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Iklan perjawatan ini boleh dirujuk dengan melayari laman web rasmi MBAS di www.mbas.gov.my sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.

Tarikh Tutup Permohonan : 09 FEBRUARI 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.