Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
yang beragama Islam dan berkelayakan, untuk memohon kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Perak (MAIPk) bagi jawatan berikut :

1. Pegawai Tadbir N41/44 (Tetap / Kontrak)
2. Pemandu Kenderaan H11/14 (Tetap /Kontrak)

CARA MEMOHON

1. Pemohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan untuk Jawatan Dalam
Perkhidmatan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk-BKP-P01/B01)
yang boleh didapati melalui laman web https://www.maiamp.gov.my atau dengan
mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan
Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport,
resume, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, lesen memandu, sijil berhenti
sekolah, salinan diploma/sijil Politeknik/sijil ikhtisas dan dokumen-dokumen lain
berkaitan yang telah disahkan.

3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 16 November
2020 (Isnin) ke alamat berikut –

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub-Unit Perjawatan)

4. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
5. Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang
yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
7. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan
ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.