Select Page

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 31 KONTRAK

Lokasi : Selangor

Kekosongan : 44

Kelayakan Memohon :
 Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ATAU 
Memiliki kelayakan tertinggi sehingga Ijazah Sarjana Muda sahaja
DAN
mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dibenarkan untuk memohon jawatan ini menggunakan kelayakan Diploma;  
DAN
 Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan.
Kelayakan Tambahan
Ø Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

 Ø Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kriteria Yang Diperlukan
Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Bidang Tugas
Menjalankan kempen panggilan keluar (outbound) kepada senarai pembayar cukai (syarikat dan selain syarikat) yang mempunyai tunggakan akaun cukai, ansuran cukai, ansuran guaman sivil, sekatan perjalanan dan lain-lain yang berkaitan. 

Membuat panggilan keluar (outbound) kepada senarai pembayar cukai (syarikat dan selain syarikat) untuk berunding serta memberi khidmat nasihat secara profesional dan berkesan bagi memastikan akaun cukai yang teratur dan jadual ansuran cukai dipatuhi.

 Membuat panggilan keluar (outbound) bagi tujuan pemantauan ke atas panggilan yang telah berjaya dilakukan terutama bagi pembayar cukai yang telah bersetuju membuat bayaran.

 Menerima panggilan masuk (inbound) dalam tempoh dua (2) deringan melalui talian umum Hasil Recovery Call Centre (HRCC) 1-800-88-4726 dan talian khusus Returned Call yang berkaitan dengan isu Pungutan, Sekatan Perjalanan, Kempen Panggilan Keluar dan Kempen Emel Blast yang dijalankan. 

Mematuhi sistem dan jadual kerja mengikut Sistem IEX Workforce Management System (WFM) dan sistem-sistem dalaman lain yang digunakan.
Gaji
RM2,484.00     
Cara Memohon
Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM. 

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://career.hasil.gov.my/      
Maklumat Temuduga
Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Insan melalui email. Keputusan adalah muktamad. Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: [email protected]  
Nota
Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan melalui laman:-http://www2.mqa.gov.my/mqr/ 
Tarikh Tutup
04 Feb 2019
Mohon Di Sini



Share This