Select Page

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

A1 – Eksekutif Hasil (Penaksiran)
A2 – Eksekutif Hasil (Perundangan)
A3 – Eksekutif Hasil (Perakaunan)
A4 – Eksekutif Hasil (Teknologi Maklumat)

A. KELAYAKAN MEMOHON

A1 – PENAKSIRAN
+ Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh
kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
+ Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf
oleh Kerajaan.

A2 – PERUNDANGAN

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) yang
diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan
diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara
Mahkamah Tinggi Malaya;

A3 – PERAKAUNAN

+ Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) yang
diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
+ Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf
oleh Kerajaan.

A4 – TEKNOLOGI MAKLUMAT

Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains
Komputer atau Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;

B. KELAYAKAN TAMBAHAN

+ Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur
dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh
tutup iklan.
+ Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu
(termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
+ Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-
kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang
berkenaan.
+ Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat bertaraf tetap
layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan:
a) Mempunyai kelayakan minimum seperti di atas; dan
b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
selepas disahkan dalam jawatan sekarang.
+ Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara Kontrak
Bergaji Bulanan dan Kontrak Bergaji Harian layak
dipertimbangkan sekiranya mempunyai kelayakan memohon
seperti di atas.

C. CARA MEMOHON

+ Calon hanya dibenarkan untuk memohon satu jawatan
yang diiklankan sahaja. Permohonan tidak perlu dicetak /
dipos ke LHDNM.
+ Permohonan daripada calon luar, pegawai LHDNM bertaraf
Kontrak Bergaji Harian hendaklah dibuat melalui sistem yang
boleh dicapai melalui URL: https://career.hasil.gov.my/
+ Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai
LHDNM bertaraf Tetap dan Kontrak Bergaji Bulanan
hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui
URL:https://spi.hasil.gov.my/.
Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat di Sistem Pengurusan Insan
(SPI) adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.

D. MAKLUMAT TEMUDUGA

+ Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM www.hasil.gov.my (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.
+ Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.
+ Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung
tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut,sila emelkan pertanyaan ke alamat:
[email protected]

E. GAJI PERMULAAN DAN PENEMPATAN

Gaji Permulaan : RM 3,335.00
Penempatan : Semenanjung Malaysia / Sarawak / Sabah

F. TARIKH TUTUP IKLAN : 31 OGOS 2019

Share This