Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan
PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESETIAUSAHAAN) GRED 31
Taraf Jawatan
Tetap
Kelayakan Memohon
Memiliki Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat / Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan / kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

Memiliki kelayakan tertinggi sehingga Ijazah Sarjana Muda sahaja DAN mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dibenarkan untuk memohon jawatan ini menggunakan kelayakan Diploma;

DAN

Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Tambahan
Ø Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Ø Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman sebagai Setiausaha.

Ø Boleh bekerja mengikut jadual kerja yang fleksibel.

Ø Keutamaan diberi kepada calon yang cekap dan berkebolehan dalam Bahasa Inggeris.

Kriteria Yang Diperlukan
Ø Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.

Ø Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.

Ø Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Bidang Tugas
Ø Menyelaras dan membantu aktiviti / jadual harian di pejabat pegawai Kumpulan Pengurusan;

Ø Penjadualan dan menyusun mesyuarat-mesyuarat utama dan persidangan apabila dikehendaki;

Ø Menyediakan dokumen sulit dan sensitif;

Ø Memberi perkhidmatan kesetiausahaan kepada pegawai Kumpulan Pengurusan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail;

Ø Memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur;

Ø Menjawab, menapis dan membuat panggilan telefon untuk pegawai Kumpulan Pengurusan; dan

Ø Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Gaji
RM2,528.00  Hingga  RM0.00
Cara Memohon
Ø Permohonan jawatan hanya diterima melalui online sahaja.

Ø Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://career.hasil.gov.my/

Ø Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.

Maklumat Temuduga
Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.

Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: [email protected]

Tarikh Tutup
03 Jan 2020