ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP merupakan sebuah organisasi yang menguruskan
kutipan dan agihan zakat di negeri Pulau Pinang. Visi kami adalah untuk menjadi sebuah
organisasi terunggul dan berwibawa dengan bermisikan pengurusan dana zakat dengan
adil, cekap, telus dan berkesan serta menyedar dan mendidik umat Islam untuk
menunaikan kewajipan berzakat di Zakat Pulau Pinang, MAINPP ke arah kesempurnaan
ibadah.

Zakat Pulau Pinang, MAINPP memberi kemudahan kepada masyarakat Islam khususnya
di Pulau Pinang bagi mendapatkan perkhidmatan pembayaran zakat mahupun bantuan
daripada sumber zakat.

Bagi memastikan hasrat dan tanggungjawab ini tercapai, kami memerlukan calon-calon
yang berkebolehan dan bermotivasi tinggi serta berminat membina kerjaya dengan kami
bagi mengisi kekosongan yang ada.

1. EKSEKUTIF (JURUAUDIT DALAMAN)
2. EKSEKUTIF (PENGURUSAN KUALITI)
3. EKSEKUTIF (PROGRAMMER)
4. PENOLONG EKSEKUTIF (PENDIDIKAN)
5. PENOLONG EKSEKUTIF (PERAKAUNAN)
6. PENOLONG EKSEKUTIF (JURUKUR BAHAN)
7. PENOLONG EKSEKUTIF (DAKWAH KORPORAT)
8. KERANI (RECEPTIONIST/TELEFONIS)
9. KERANI (KEBAJIKAN ASNAF)
10. KERANI (PEMBANGUNAN ASNAF)

CARA MEMOHON

1. Calon yang berminat dan memenuhi semua syarat-syarat, sila kemukakan:

i. Borang Permohonan Kerja yang boleh dimuat turun di laman web
http://www.zakatpenang.com atau boleh diambil di ibu pejabat Zakat di Pulau
Pinang.
ii. Mengemukakan Borang Permohonan Kerja dengan resume dengan Curriculum
Vitae terbaru (CV) yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik
(sertakan salinan sijil yang berkaitan), pengalaman kerja dan sekeping gambar
bersaiz pasport. Sila nyatakan gaji terkini dan gaji yang dipohon.

2. Hanya permohonan yang lengkap akan diterima.
3. Permohonan yang berikut akan ditolak :

i. Tidak lengkap atau tidak terang.
ii. Salinan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak disahkan oleh Pegawai yang
berkelayakan.
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dikehendaki.
iv. Tidak disertakan gambar berukuran pasport atau salinan dokumen yang
diperlukan.
v. Tidak ditandatangani.

Permohonan Dikemukakan Kepada:

PENGURUS BESAR
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
ZAKAT PULAU PINANG
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Semua permohonan adalah sulit dan hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja
akan dipanggil temuduga. Permohonan mestilah sampai kepada pihak kami sebelum atau
pada 14hb Februari 2020 (Jumaat).

IKLAN PENUH