Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysiayang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :

  1. Pegawai Ehwal Ekonomi E41 – 3 kekosongan
  2. Penolong Peawai Ehwal Ekonomi E29 – 2 kekosongan
  3. Setiausaha Pejabat N29 – 1 kekosongan
  4. Pembantu Ehwa Ekonomi  E19 – 7 kekosongan
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 – 2 kekosongan

Penempatan Seluruh Malaysia

CARA PERMOHONAN

1. Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM
bagi mengisi jawatan kosong yang tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my
IKLAN KERJA KOSONG

2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.

3. 1 borang hanya untuk 1 jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon
lebih dari 1 jawatan.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,
Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan
masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian
Prestasi tiga tahun terkini berturut- turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.

5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala
perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 Tahun dari tarikh tutup iklan
hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan
oleh LPNM.
7. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah
dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:

i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap –
Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran
vii) Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
viii) Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)

8. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada
02hb Februari 2020 (Ahad);

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Unit Pengurusan Sumber Manusia)