Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:-

  1. Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29
  2. Pegawai Perubatan Gred UD43/UD47
  3. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  4. Juruteknik Komputer Gred FT19
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19
  6. Perangkawan Gred E41

    1. Deskripsi Jawatan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 – 5 kekosongan

    Profesional Bersekutu Perangkaan, Matematik, dan Aktuari membantu dalam perancangan untuk mengumpulkan, memproses, dan mengemukakan data matematik, perangkaan dan aktuari serta melaksanakan operasinya. Mereka biasanya bekerja di bawah bimbingan ahli matematik dan profesional yang berkaitan atau perangkawan.
    Tanggungjawab
    1. Menjalankan kajian Kependudukan dan Kekeluargaan (berskala kecil, sederhana atau besar)
    2. Menjalankan tinjauan pendapat
    3. Menyediakan dan menerbitkan artikel untuk jurnal, monograf, manuskrip, helaian, risalah, buku kecil, dan lain-lain.
    4. Memantau arah aliran dinamik penduduk dan kesannya ke atas pembangunan Negara, serta arah aliran isu-isu sektoral dan kesannya ke atas pembangunan Negara.
    Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,493.00RM5,672.00RM145.00

    Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus principal subjek Ekonomi atau Matematik.
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
      2. Diploma dalam bidang statistik, matematik atau sains aktuari yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya..
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,770.95).

    Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perangkaan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    Kelayakan Akademik
    – STPM/STAM/HSC/A-LEVEL
    – DIPLOMA/DIPLOMA LANJUTAN MATHEMATICS AND STATISTICS
    – DIPLOMA/DIPLOMA LANJUTAN PERANGKAAN (STATISTICS)
    – DIPLOMA/DIPLOMA LANJUTAN ACTUARIAL MATHEMATICS AND STATISTICS

    2. Deskripsi Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/UD47 – 2 kekosongan

    Pengamal Perubatan Umum mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit, jangkitan, kecederaan, dan lain-lain kecacatan fizikal dan mental, dan mengekalkan kesihatan umum pada manusia melalui pengaplikasian prinsip dan prosedur perubatan moden. Mereka boleh bertanggungjawab untuk menyediakan penjagaan perubatan yang berterusan dan komprehensif kepada individu, keluarga dan masyarakat.

    Tanggungjawab
    1. Menjalankan kerja-kerja pengendalian kes-kes klinikal Kesihatan Reproduktif dalam aspek kesihatan seksual lelaki/wanita, pengurusan Infetiliti, Menopous, Endropous dan merancang keluarga.
    1. Menjalankan kerja latihan, memberi latihan kepada doktor dan para medical dalam bidang pegawai perubatan/saintis KKM, Insitusi Pengajian tinggi dan swasta.
    1. Memberi taklimat, dialog, menyampaikan kertas kerja, ceramah dan bimbingan dalam program edukasia\ LPPKN dalam bidang reproduksi manusia.
    1. Menjalankan kerja-kerja penulisan kertas kerja, ceramah, artikel manual mengikut program edukasi dan promosi.
    GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    UD43RM3,611.00RM10,560.00RM250.00
    UD47RM5,211.00RM11,769.00RM270.00

    SYARAT LANTIKAN :

    1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    (a)warganegara Malaysia;
    (b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    (c) 
    (i)ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
    (Gaji permulaan lantikan pada Gred UD43: RM3,611.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred UD47: RM5,211.00/).; atau
    (ii)calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.
    (Gaji permulaan lantikan pada Gred UD43: RM3,611.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred UD47: RM5,211.00/).
    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
    2.Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43 ATAU UD47
    3.Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43 atau UD47 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    (a)memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan 2; dan
    (b)mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.
    Kelayakan Akademik

    – IJAZAH SARJANA MUDA (DEGREE) PUBLIC HEALTH (KESIHATAN AWAM) (Kelayakan Minimum)

    – IJAZAH SARJANA (MASTERS) PUBLIC HEALTH (KESIHATAN AWAM)

     

    3. Deskripsi Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

    Membantu menguruskan hal ehwal kewangan dan perakaunan LPPKN bagi memastikan penyediaan jadual dan laporan penyediaan penyata kewangan LPPKN selaras dengan piawaian perakaunan yang ditetapkan.
    Tanggungjawab
    Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

    1. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
    2. Mengurus dan mengawal peruntukan.
    3. Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
    4. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
    5. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.
     
    Jadual Gaji:

    GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,353.00RM4,005.00RM100.00
    Syarat Lantikan:

    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Kelayakan Akademik
    – SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL

    4. Deskripsi Jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19 – 1 kekosongan

    Membantu pemprosesan  serta pengoperasian dan pemantauan sistem teknologi maklumat dan komunikasi, perkakasan, perisian, dan kelengkapan komputer yang berkaitan untuk memastikan prestasi yang optimum.
    Tanggungjawab
    Membantu melaksanakan kerja-kerja baik pulih perkakasan ICT, sokongan teknikal ICT dan rangkaian.

     
    Jadual Gaji:

    GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,377.00RM4,052.00RM100.00
    Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    Kelayakan Akademik
    – SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL

    5. Deskripsi Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 – 14 kekosongan

    Kerani Am Pejabat melaksanakan pelbagai tugas perkeranian dan pentadbiran menurut prosedur yang ditetapkan.
    Tanggungjawab
    • Menerima dan merekod surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling,sampul kecil dari agensi atau jabatan luar dan diserahkan kepada Ketua jabatan untuk tindakan selanjutnya.
    • Menaip surat-surat berkaitan pentadbiran am, laporan, minit mesyuarat, memo, format dan lain-lain surat rasmi yang diarahkan ketua jabatan.
    • Mengedar surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling, sampul kecil dari bahagian atau jabatan untuk makluman para pegawai.
    • Memohon, merekod dan mengawal pergerakan stok alatulis serta mengagihkan kepada pegawai yang memerlukan.
    • Menerima, mengawal, merekod dan membuat iringan cuti-cuti rehat dan pelbagai cuti dari semua kakitangan di jabatan/unit untuk sokongan dan kelulusan serta mengemaskini penyata cuti tahunan dan pengumpulan cuti rehat bagi GCR kakitangan dari semasa ke semasa.
    • Menerima surat-surat yang perlu dihantar ke jabatan, bahagian atau unit setelah direkodkan di dalam fail.
    • Mengawalselia mesin fotostat, komputer, printer, perihal kegunaan, bekalan dan melaporkan kerosakan kepada pihak berkenaan.
    • Membuka, mengawalselia, merekod, mengemaskini dan menutup fail pentadbiran dari semasa ke semasa.
    • Menerima fail dari pegawai untuk tindakan dan perhatian atau ulasan dan sokongan kelulusan ketua jabatan.
    Jadual Gaji:

    GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,352.00RM4,003.00RM100.00
    Syarat Lantikan:

    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

    • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      • mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
      • lulus Peperiksaan Khas; dan
      • had umur pelantikan:
        • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
        • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
        • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
    Kelayakan Akademik
    – SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL

6. Deskripsi Jawatan Perangkawan Gred E41 – 2 kekosongan

Melaksanakan penyelidikan untuk memastikan stakeholders mendapat maklumat berkaitan kependudukan yang tepat dan terkini.
Tanggungjawab
  • Operasi
  1. Melaksanakan perancangan awalan banci/ penyiasatan sebelum kerja lapangan meliputi persediaan terhadap aspek teknikal operasi dan prosesan sesuatu penyiasatan.
  2. Menyemak kerja-kerja pengemaskinian rangka isi rumah, individu, enterprise dan pertubuhan.
  3. Mereka bentuk dan menentukan sampel mengikut keperluan pengguna.
  4. Menyelia proses pungutan data dan pemprosesan data serta penyediaan laporan aktiviti pungutan data.
  5. Menyediakan spesifikasi kerja pemprosesan data dan pembangunan sistem.
  6. Menjalankan aktiviti penyusunan dan pengurusan data primer dan sekunder.
  7. Menyemak data dan menyediakan metadata untuk pengeluaran penerbitan.
  8. Melaksanakan aktiviti penyaluran dan penyebaran maklumat statistik kepada stakeholders dan klien
  9. Memberi khidmat perundingan dan kepakaran bidang statistik kepada stakeholders dan klien.


  • Perancangan
  1. Menyediakan strategi pengemaskinian rangka isi rumah dan rangka pertubuhan.
  2. Melaksanakan pemakaian MS ISO 9001:2000 dalam aktiviti pengeluaran data utama.
  3. Melaksanakan pematuhan Best Practices semasa menyediakan data.
  4. Menyediakan kaedah penyiasatan dan reka bentuk pensampelan yang efisien berdasarkan pengiraan ralat pensampelan (RSE) dan confient level yang dibenarkan.
  5. Menyediakan pembangunan sistem pemprosesan melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.


  • Penyelidikan dan Pembangunan
  1. Mengenalpasti perluasan skop aktiviti perangkaan ke dalam bidang-bidang baru.
  2. Mengguna teknik-teknik dan instrumen sedia ada dan baru dalam pengumpulan dan prosesan data.
  3. Menyediakan unjuran-unjuran statistik, ekonomi dan kependudukan berdasarkan model-model terkini.
  4. Melaksanakan program dan aktiviti bahagian, negeri dan pusat operasi bagi memenuhi kepeluan stakeholders.
  5. Mendapatkan maklumbalas mengenai pelaksanaan program dan aktiviti di bidang perangkaan.
  6. Mengkaji semula sistem pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan dan penybaran maklumat perangkaan sedia ada dan mengenal pasti pembangunan sistem yang baru.
Jadual Gaji:

GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM2,083.00RM9,549.00RM225.00
SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) 
(i)Ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi, statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau
(ii)Associateship Institute of Statisticians, London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau
(iii)Ijazah sarjana dalam bidang ekonomi, statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,695.41).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perangkaan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Perangkawan Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Kelayakan Akademik
– IJAZAH SARJANA MUDA (DEGREE)
– IJAZAH SARJANA MUDA (DEGREE)
– IJAZAH SARJANA MUDA (DEGREE)

Cara Memohon :

Permohonan hendaklah dilakukan secara ONLINE di laman sesawang JobsMalaysia sebelum 20 Feb 2019.