Select Page

Permohonan jawatan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
(15 Feb 2019)

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29) (TETAP)
  2. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11) (KONTRAK)
  3. PEMBANTU PUSTAKAWAN (GRED S19) (KONTRAK)
  4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N19) (KONTRAK)

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat secara online di http://ejawatan.llm.gov.my/ mulai 1 Feb – 14 Feb 2019
  • Sila pastikan borang permohonan jawatan secara “on-line” diisi dengan lengkap.
  • Jika pemohon dipanggil untuk menghadiri temuduga, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:-
    i. Sekeping gambar berukuran pasport yang ditulis nama dan no. kad pengenalan dibelakangnya;
    ii. Kad pengenalan asal dan satu salinannya yang diakui sah;
    iii. Sijil-sijil asal berkaitan dan satu salinannya yang diakui sah; dan
    iv. Apa-apa surat akuan asal dan satu salinannya yang diakui sah.
    Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
  • Sekiranya pemohon sedang memegang jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan, pemohon hendaklah membawa bersama surat pelepasan daripada Ketua Jabatan, penyata perkhidmatan dan laporan sulit apabila menghadiri temuduga.
  • Semua pemegang-pemegang biasiswa/dermasiswa dikehendaki mendapatkan surat akuan pelepasan perjanjian dari Penganjur biasiswa/dermasiswa mereka sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.
  • Tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini tidak akan dilayan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas permohonan yang tidak diterima atau tidak lengkap.

Iklan Jawatan Kosong

Share This