Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Lembaga Koko Malaysia seperti berikut;
Klik pada Nama Jawatan di bawah untuk melihat syarat-syarat kelayakan dan pengalaman yang diperlukan.
BIL
|
JAWATAN
|
GRED
|
GAJI
|
|
MINIMUM (RM)
|
MAKSIMUM (RM)
|
|||
1..
|
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT |
F41
|
2,315.00
|
9,618.00
|
2.
|
PEGAWAI PENYELIDIK |
Q41
|
2,315.00
|
9,618.00
|
3.
|
PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI |
E29
|
1,493.00
|
5,672.00
|
4.
|
PENOLONG PEGAWAI TADBIR |
N29
|
1,493.00
|
5,672.00
|
5.
|
PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK |
Q29
|
1,496.00
|
5,676.00
|
6.
|
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
|
N19
|
1,352.00
|
4,003.00
|
7.
|
PEMBANTU PENYELIDIK |
Q19
|
1,355.00
|
4,007.00
|
8.
|
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) |
W19
|
1,353.00
|
4,005.00
|
Penempatan
Klik di sini untuk melihat penempatan bagi jawatan yang ditawarkan. Antara kawasan penempatan ialah :
1. Kota Kinabalu Sabah
2. Ranau Sabah
3. Kota Samarahan Sarawak
4. Lundu Sarawak
5. Jengka Pahang
6. Bagan Datuk Perak
Syarat-syarat Umum Permohonan
i) Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
ii) Bagi calon-calon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan / Perkhidmatan Awam Negeri / Badan Berkanun Persekutuan / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah berumur:-
- kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Calon-calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
Permohonan
- Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang SECARA ONLINE SAHAJA.
- Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil sehingga dihubungi oleh pihak Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, LKM.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas DUA BELAS (12) BULAN dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
- Tarikh tutup iklan jawatan pada 02 DISEMBER 2019
- Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila e-mel kepada jobsonlinelkm@koko.gov.my dengan menyatakan nama penuh dan no. kad pengenalan anda.