IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
=============================================

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)

IJAZAH (Pengurusan dan Profesional)

1. Jawatan : Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 2019
Kekosongan : 38
Simpanan : 60

Maklumat mengenai syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/ijazah/1108

DIPLOMA / STPM / STAM (Pelaksana)

2. Jawatan : Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
Kekosongan : 30
Simpanan : 100

Maklumat mengenai syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui http://www.spa.gov.my/w…/guest/deskripsi-tugas/diploma2/2243

Tarikh tutup permohonan : 01 Mei 2019 (Rabu) jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
ATAU
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Sekian, terima kasih.

 

INFO BAHAGIAN PENGUATKUASA

SEJARAH PENUBUHAN

Bahagian Penguatkuasa ditubuhkan pada 17 April 1972 di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) dengan objektif untuk membantu kerajaan membendung inflasi pada masa itu. Pada 27 Oktober 1990, Kementerian ini distrukturkan semula untuk membentuk dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Bahagian Penguatkuasa telah diletakkan di bawah KPDNHEP yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunan (KPDNHEP).

Anda dipanggil Ujian Psikometrik ?

KLIK DI SINI

MISI

Membanteras Penyelewengan Perdagangan Dalam Negeri.

MOTO

Setia Berkhidmat.

TERAS UTAMA TUGAS-TUGAS PENGUATKUASAAN

  1. Memperkasakan penguatkuasaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup
  2. Penguatkuasaan dan perlindungan hak harta intelek
  3. Penguatkuasaan undang-undang perdagangan dan melindungi hak-hak pengguna
  4. Penguatkuasaan dan membanteras penyelewengan barang-barang Kawalan  bersubsidi

AKTA-AKTA YANG DIKUATKUASAKAN

  • Akta Kawalan Bekalan 1961.
  • Akta Sewa Beli 1967.
  • Akta Timbang dan Sukat 1972.
  • Akta Hakcipta 1987.
  • Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.
  • Akta Pelindungan Pengguna 1999.
  • Akta Cakera Optik 2000.
  • Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
  • Akta Perihal Dagangan 2011.
  • Akta Francais 1998.
  • Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001

ANTARA FUNGSI BAHAGIAN PENGUATKUASA ADALAH:

  1. Menangani isu-isu kenaikan harga  dan  membendung kegiatan manipulasi harga dalam negara melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011 di setiap peringkat perniagaan.
  2. Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang ingin mengambil kesempatan menaikkan harga barangan utama semasa musim perayaan.
  3. Membanteras ketirisan barangan kawalan bersubsidi serta menstabilkan bekalan barang-barang perlu supaya mudah diperolehi di pasaran di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
  4. Menyiasat aduan pengguna di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan bagi memastikan persekitaran perniagaan yang sihat dan beretika.
  5. Membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika bagi melindungi pengguna daripada dieksploitasikan oleh peniaga di bawah Akta Sewa Beli 1967, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 termasuk aktiviti jualan murah, jualan pintu ke pintu, perjanjian sewa beli, penentusahan alat timbang dan sukat serta penggunaan perbahasaan halal.
  6. Mengeluarkan permit barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tujuan pengedaran barang kawalan.
  7. Melindungi hak harta intelek di bawah Akta Hakcipta 1987 bagi Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hak cipta termasuk karya sastera, filem, muzik, bunyi, seni dan siaran.
  8. Mengalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan palsu atau mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
  9. Mengawalselia aktiviti pelesenan dan pengilangan cakera optik di bawah Akta Cakera Optik 2000.
  10. Membantu mengawalselia aktiviti Francais dengan memastikan francaisor dan francaisi mematuhi undang-undang yang telah diperuntukan di bawah Akta Francais 1998.

HALA TUJU BAHAGIAN PENGUATKUASA 2017

Penguatkuasaan yang seimbang (Balanced Enforcement)

Pendekatan yang digunakan adalah :

  1. Omnipresence menerusi memperluaskan penggunaan Mobile Unit ([email protected] ke seluruh Malaysia) dan meletakkan pegawai di kawasan hotspot sewaktu musim perayaan.
  2. Keberkesanan penguatkuasaan melalui mempertingkatkan keupayaan PIGOS (Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik), memperkemaskan Pelan Komunikasi Media untuk menangani persepi masyarakat dan mengadakan kerjasama strategi lautan biru (nbos) dengan agensi penguatkuasaan lain.
  3. Mempertingkatkan tahap pematuhan oleh perniaga dengan mengadakan lebih banyak program advokasi peniaga dan pengguna serta menyediakan kit maklumat perniagaan yang dapat mewujudkan “feel goods factor” di kalangan peniaga dan pengguna.

BAHAGIAN PENGUATKUASA 
Aras 2 &3 (Menara), No 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.

Tel :03-8882 6008
Fax :03-8882 6171