JAKIM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut: |
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 (CONTRACT OF SERVICE) SEBAGAI PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID DAERAH (PPMD)Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service) Bayaran Gaji : RM1,493.00 Minima Penempatan : Perak (1 kekosongan), Terengganu (2 kekosongan) dan Sabah (1 kekosongan) |
DESKRIPSI TUGAS Bertanggungjawab kepada Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri dalam Pengurusan, Pengimarahan dan Pemantauan Masjid. |
SYARAT PERMOHONAN 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 3. Berkelulusan: i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab. [Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00]; atau ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00]; atau iii. Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95]; dan iv. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan: 4. Pemohon lelaki. 5. Permohonan oleh lepasan Sekolah Aliran Agama. |
CARA MEMOHON 1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman Presint 3, 62100 PUTRAJAYA 2. Sila tuliskan nama jawatan dan negeri yang dimohon di sebelah kiri (atas) sampul surat. |
PERHATIAN Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 8 FEBRUARI 2019 (JUMAAT)
|
PEMBANTU AL EHWAL ISLAM GRED S19 (CONTRACT OF SERVICE) SEBAGAIPENYELIA KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) |
Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service) Bayaran Gaji : RM1,352.00 Minima Penempatan : Kedah (1 kekosongan), Pulau Pinang (1 kekosongan), Perak (2 kekosongan), Selangor (2 kekosongan), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kekosongan), Johor (2 kekosongan), Melaka (2 kekosongan), Negeri Sembilan (3 kekosongan), Pahang (5 kekosongan), Terengganu (2 kekosongan), Sabah (8 kekosongan) dan Sarawak (4 kekosongan) |
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab kepada Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM dalam mengurus dan memantau pelaksanaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di negeri-negeri.
|
SYARAT PERMOHONAN 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 3. Berkelulusan: i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta: (a) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan (b) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). [Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00]; atau ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40]; atau iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80]; dan iv. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan: 4. Berpengalaman sebagai Guru KAFA. 5. Menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). |
CARA MEMOHON 1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman Presint 3, 62100 PUTRAJAYA 2. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat. |
PERHATIAN Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. |
Tarikh Tutup Permohonan: 8 Februari 2019 (Jumaat) |
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) |
JAKIM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut: |
PENERBIT RANCANGAN GRED B19 (CONTRACT OF SERVICE)Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service) Bayaran Gaji : RM1,360.00 Minima Penempatan : Wilayah Persekutuan Putrajaya (6 kekosongan) |
DESKRIPSI TUGAS (i) Bertugas sebagai Penerbit Program Radio. Antara tugas Penerbit Radio adalah menerbitkan program radio dan menjadi Juruhebah di radio SalamFM; ATAU (ii) Bertugas sebagai Pembantu Penerbitan bagi team penerbitan rancangan TV atau Berita. Antara tugas Pembantu Penerbitan adalah membuat tempahan, menyediakan bayaran dan tugasan penerbitan lain yang berkaitan; ATAU (iii) Bertugas sebagai kakitangan teknikal. Antara tugas kakitangan teknikal adalah mengendalikan peralatan penyiaran seperti kamera dan peralatan audio bagi penerbitan program TV dan Radio. |
SYARAT PERMOHONAN 1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 3. Berkelulusan: i. mempunyai pengalaman dalam penerbitan rancangan radio atau televisyen atau berpengalaman mengendalikan peralatan penyiaran serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. [Gaji Permulaan pada Gred B19 : RM1,360.00]; atau ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan pada Gred B19 : RM1,360.00]; atau iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan pada Gred B19: RM1,418.12]; atau iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan pada RM1,476.24]; dan v. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan: 4. Pemohon lelaki (bagi tugasan teknikal). 5. Mempunyai latar belakang / pengalaman sebagai Juruhebah Radio (tugasan Penerbit Radio) atau berpengalaman mengendalikan peralatan penyiaran seperti kamera dan peralatan audio (tugasan teknikal). 6. Bersedia menjalankan tugas pada bila-bila masa yang diperlukan. 7. Boleh menguasai pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Arab, Mandarin dan Tamil. |
CARA MEMOHON 1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman Presint 3, 62100 PUTRAJAYA 2. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat. |
PERHATIAN Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. |
Tarikh Tutup Permohonan: 8 Februari 2019 (Jumaat) |
Komen Terkini