Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di JAKIM seperti berikut:

  • PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 (CONTRACT OF SERVICE)
  • PENYELIA KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)
  • Bayaran Gaji : RM1,352.00 Minima
  • Lokasi Penempatan : Kelantan
  • Kekosongan : 14

 

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab kepada Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM dalam mengurus dan memantau pelaksanaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di negeri-negeri.

SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Berkelulusan:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
(a) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau
Pendidikan Syariah Islamiah; dan
(b) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
[Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00]; atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40]; atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80]; dan
iv. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

4. Berpengalaman sebagai Guru KAFA.
5. Menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

CARA MEMOHON

1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA

2. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.

PERHATIAN

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Tarikh Tutup Permohonan: 1 April 2019 (Isnin)

IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG