Jawatan Kosong JAKIM | Dec 2019

JAKIM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C41 (CONTRACT OF SERVICE
Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Bayaran Gaji : RM2,317.00 Minima
Penempatan  : Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan (18 kekosongan)

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas operasi, kawalan kualiti dan analisis makmal bagi menyokong Skim Pensijilan Halal Malaysia

 

SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Berkelulusan:
i. Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang sains makanan, sains dan teknologi
       makanan, pengurusan kualiti makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
       Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
       setaraf dengannya.
       [Gaji Permulaan pada Gred C41:RM2,317.00]
ii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada
       peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
       dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan:
4. Calon yang berdaftar dengan Majlis Juruanalisis Makanan, Kementerian Kesihatan
    Malaysia (KKM) atau Institut Kimia Malaysia merupakan satu kelebihan.
5. Memiliki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang analisis
    atau pengurusan makmal.

2. PEMBANTU OPERASI GRED N11 (CONTRACT OF SERVICE

Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Bayaran Gaji  : RM1,216.00 Minima
Penempatan   : Sabah 1 kekosongan (Lahad Datu)

DESKRIPSI TUGAS

Melaksanakan tugas-tugas untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian yang melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/ dokumen/ saman/ notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan adalah meliputi lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.

SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Berkelulusan:
    i. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau
       kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
       (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
   ii. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf
       setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E
       yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
       [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
       (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
   iii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada
        peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan
        yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:

          Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
          Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
          Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
          No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
          Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
2. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.
3. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang
    terkini dan aktif.

PERHATIAN

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

 

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Tarikh Tutup Permohonan: 18 December 2019 (Rabu)

IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.