Select Page

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi jawatan perkhidmatan kontrak seperti berikut :

  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
    Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang
    (Balai Musolla)
  • Lelaki
  • Jadual Gaji : RM 1, 493.00 – RM 5, 672.00

 

TARAF JAWATAN  : CONTRACT OF SERVICE

UMUR :  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

WARGANEGARA :

Warganegara Malaysia; dan Kelahiran Negeri Selangor, atau

Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau

Telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta
mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim yang dilantik oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPAN).

* (Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan bersama Borang
permohonan)

TEMPOH PERKHIDMATAN :

2 Tahun

DESKRIPSI TUGAS :

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah,
halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan
Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi di:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40676 SHAH ALAM
@ www.jais.gov.my @ www.selangor.gov.my

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran
pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan
sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
c) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.
d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

e) Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika :
tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
tidak lengkap atau tidak terang;
tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
tidak besertakan gambar dan
tidak ditandatangani.

f) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Sebelum atau pada 04 Mac 2019 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengahari

g) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil
temuduga.
h) Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam
tempoh masa seperti yang berikut:
selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
selepas 6 bulan dari tarikh temuduga
(sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

i) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia di talian 03-5514 3536 / 3475
3405 / 3550

 

Maklumat Lanjut Iklan Kerja Kosong

Muat turun borang permohonan

Share This