Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Pulau Pinang atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Nama Jawatan : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (S19)
Status              : Kontrak
Jadual Gaji      : Gaji Minimum : RM1,355.00 – Gaji Maksimum : RM4,007.00
                          Kadar Kenaikan Gaji Tahunan – RM100.00

Syarat Kelayakan :

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan

(c) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta:
i) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam,
Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah
Islamiah; dan
ii) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab
(Komunikasi).
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,352.00); atau

(d) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam
bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,408.40); atau

(e) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam
bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,464.80)

(f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

Permohonan hendaklah dibuat secara online di e2psm.penang.gov.my sebelum 24 Feb 2019