Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Sabah) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
JAWATAN: PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
- MAKLUMAT JAWATAN
- Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Sementara
- Bilangan Kekosongan:Satu (1)
- Jabatan Penempatan:Jabatan Pengurusan Harta,DBKK
2. JADUAL GAJI Gred W29 : RM1,498.00- RM5,678.00
3. SYARAT-SYARAT LANTIKAN
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i). Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
ATAU
ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;
ATAU
iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
SERTA
iv) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
a. Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Tingkat 7, Bangunan Centre Point Sabah.
b. Untuk keterangan lanjut sila berhubung Puan Mary Lutong/ Puan Noorhayati Buang di talian 088-244000
c. Semua permohonan daripada pegawai-pegawai kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Laporan Penilaian Prestasi pada tahun semasa.
d. Borang permohonan yang telah dilengkapi beserta dengan salinan sah Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Sijil-sijil Kelayakan Akademik dan Gambar Berukuran Pasport hendaklah dikemukakan kepada:-
PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
NO. 1, JALAN BANDARAN
88675 KOTA KINABALU,
SABAH
Atau serahan tangan ke:-
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
TINGKAT 7,
BANGUNAN CENTRE POINT SABAH
tidak lewat dari tarikh 01 FEBRUARI 2019
Rujukan Iklan
Assalamualaikum selamat pagi selamat hari raya.. saya seorang pesara tentera dlm bidang pengurusan logistik ingin mencari perkerjaan kedua. Mohon share di email saya jika ada kekosongan perkerjaan di tempat tuan. Tq