Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas bagi memohon jawatan berikut  :

A.

BILJAWATANSTATUS
1JURUTERA AWAM GRED J41Kontrak/Tetap
2PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41
3 ARKITEK GRED J41
 4 ARKITEK LANDSKAP GRED J41
 5 PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29
 6 PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
7 PENOLONG PUSTAKAWAN GRED S29
8 PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
9 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19


ikon-pdfMuat Turun Iklan Dan Syarat Lantikan

B.   UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

C. CARA MEMOHON :

 

  1. Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL  https://career.dbkl.gov.my:25061/psc/cgprd92/EMPLOYEE/HRMS/c/DCS_RC_EXT_MENU.DCS_RC_KERJA_LOGIN.GBL
  2. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah, Diploma, SPM dan Sijil dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/
  3. Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM dan Sijil-sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temuduga.

CATATAN :

  1. Borang permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
  2. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

ikon-pdfMuat Turun Iklan Dan Syarat Lantikan


Tarikh Iklan Disiarkan         : 14 MAC 2020 (SABTU)

Tarikh Tutup Iklan               : 28 MAC 2020 (SABTU)