Select Page

Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Shah Alam dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan pentadbiran secara kontrak di Pusat Zakat, Sedekah & Wakaf Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

B. SYARAT LANTIKAN

1) PENGURUS ZAKAT (KONTRAK) GRED N41
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM1,911.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerjaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2114.43.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2) PENOLONG PENGURUS ZAKAT (KONTRAK) GRED N29
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

C. PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan.
b) Hanya Permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
c) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan Salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :-
i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Sijil MCE/SPM,HSC/STPM atau setaraf
iii. Ijazah / Diploma/ Sijil Politeknik atau setaraf
iv. Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji
v. Dokumen berkaitan jawatan yang dipohon

d) Pemohon hendaklah menulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat borang permohonan.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

D. PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) di http://acis.uitm.edu.my dan juga boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA, 40450 SHAH ALAM SELANGOR.

Sila kemukakan permohonan kepada :-
BAHAGIAN PENTADBIRAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH TUTUP PENERIMAAN BORANG IALAH PADA: 11 MAC 2019 (ISNIN)

Muat Turun Iklan Jawatan Kosong

Muat Turun Borang Permohonan

DAH APPLY KERJA TAPI TIADA RESPONS?

Pasti ada yang tak kena ni.

Anda dah update resume kepada format baru?

Tahukah anda peluang anda untuk ditemuduga sangat cerah sekiranya menggunakan template resume infografik terkini?

Jadi update segera resume anda sekarang!

RM10 sahaja untuk 1 Template 👇
SAYA BERMINAT

Share This