Pihak SPA dan Jabatan Penerangan Malaysia akan menjalankan Peperiksaan Online memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Ujian Psikometrik untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah bagi jawatan Juruaudio Visual N19 pada 15 November 2019.

Ini adalah peluang untuk anda menjawat jawatan di dalam kerajaan jika mengambil tindakan pantas dengan mendaftar dengan SPA8 untuk jawatan Juruaudio Visual N19 ini.

Untuk menghadiri temuduga, terlebih dahulu anda perlu lulus Peperiksaan Online ini untuk layak dipanggil.

Peperiksaan Online PSEE Juruaudio Visual N19 ini penting untuk anda layak dipanggil ke temuduga kerajaan.

SPA perlu menapis calon-calon yang layak sebelum dipanggil untuk temuduga. Oleh itu Peperiksaan Online ini adalah salah satu cara untuk menapis calon sebelum peringkat seterusnya.

Langkah pertama adalah lakukan semakan di http://e-semakan.spa.gov.my . Untuk memastikan anda adalah salah seorang calon peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini.

  1. Membiasakan diri dengan format dan soalan-soalan peperiksaan online Ujian Psikometrik SPA.
  2. Melakukan ulangkaji dan rujukan untuk subjek yang akan ditanya di dalam Ujian Psikometrik

Apa yang perlu anda tahu tentang Ujian Psikometrik?

Ia adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau SPA untuk menapis calon yang ingin menjawat jawatan dalam kerajaan.

Ia adalah wajib untuk semua calon sebelum di panggil untuk peringkat seterusnya iaitu temuduga.

Apa yang menarik, tiada format tetap untuk soalan dan jawapan bagi Ujian Psikometrik ini. Menarik bukan. Tetapi calon akan diberi beberapa pilihan jawapan berbentuk OBJEKTIF.

Pilihan jawapan pula terdapat dalam pelbagai  bentuk antaranya 2 pilihan jawapan, 3 pilihan jawapan, 4 dan setersunya 5 pilihan jawapan.

  • Betul atau Salah
  • Ya atau Tidak
  • Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • Betul, Salah, atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, atau Sangat Tidak Setuju
  • dan lain lain

Perkara yang dinilai di dalam Ujian Psikometrik

Antara perkara yang dinilai melalui ujian Psikometrik adalah seperti berikut :

  • Emosi
  • Cara Berfikir
  • Kepimpinan
  • Tingkah Laku
  • Kebolehan Sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Kerjasama
  • Integriti
  • Disiplin
  • dan lain lain

Markah LULUS Ujian Psikometrik

Tiada markah lulus. Ujian ini hanya untuk menguji personaliti calon. Menarik bukan. Tiada jawapan betu atau salah dalam ujian ini.

Yang pasti, Ujian Psikometrik ini agak mencabar ini kerana soalan yang sama akan ditanya beberapa kali dalam bentuk yang berbeza untuk menilai personaliti sebenar calon.

Jadi anda semestinya konsisten dalam menjawab soalan. Oleh itu latih tubi adalah penting untuk membolehkan anda biasa dengan soalan dan kehendak soalan serta jawapan anda hendaklah konsisten.

Dengan kata lain, anda tidak boleh menipu perwatakan anda.

Masa yang mencumburui anda

Salah satu lagi cara untuk memastikan anda sentiasa konsisten dengan perwatakan sebenar adalah masa yang diberikan singkat. Anda hanya ada 1 atau 2 saat untuk menjawab satu soalan.

Kekangan masa ini menyebabkan anda terpaksa berfikir dengan pantas dan menjadi diri anda yang sebenar.

Ramai yang kecundang dan terkandas dek kerana masa yang tidak cukup.

Malah ada yang tidak sempat menjawab soalan sampai habis. Ini sangatlah merugikan.

Tips Untuk Anda Menjawab Soalan Psikometrik

Anda perlu faham bahawa dalam ujian ini anda perlu menonjolkan NILAI POSITIF dan sembunyikan NILAI NEGATIF (jika ada).

Oleh itu anda perlu, di ulangi PERLU membuat LATIH TUBI untuk mengelakkan anda terperangkap dengan soalan PSIKOLOGI yang telah disusun. Oleh itu buat latih tubi dengan pantas dan konsisten.

Ujian Psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit untuk menyelesaikan sebanyak 200 soalan. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi jika anda bersedia tentu akan menjadi mudah.

Untuk makluman, Rujukan untuk Ujian Psikometrik telah dibuka.

Apa yang ada dalam Rujukan ini?

🔥️ Nota ringkas
Nota ringkas terutama seksyen penyelesaian masalah. Ramai calon dah lupa Matematik SPM kan?

🔥️ Contoh Soalan
Contoh soalan untuk semua seksyen bagi memudahkan anda faham skop penilaian

🔥️ Jawapan & Huraian
Setiap soalan disertakan dengan jawapan dan huraian jawapan. Jadi anda lebih faham bagaimana jawapan diberikan.

👨‍💼️ Dapatkan segera disini sebelum jualan ditutup.

👉️ https://klikjom.com/psiko

Boleh wasap untuk sebarang pertanyaan 

https://ptn19.wasap.my/

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,352.00RM4,003.00RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
          DAN
      • memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.