Untuk makluman anda, pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan mula dilaksanakan pada 6 April (Isnin) ini. 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan oleh kerajaan.
Pembayaran fasa ini berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai Isnin ini.
Pecahan penerima adalah seperti berikut :
Kategori | B40 | B40 Bujang | M40 | M40 Bujang | Jumlah |
Jumlah Pembayaran | RM 3.24 B | RM 1.81 B | RM 0.44 B | RM 0.14 B | RM 5.63 B |
Jumlah Penerima | 3.24 juta | 3.62 Juta | 0.88 Juta | 0.56 juta | 8.30 juta |
Jadual Bantuan Prihatin Nasional
Kategori | B40 | B40 Bujang | M40 | M40 Bujang |
Jumlah Bantuan BPN | RM 1600 | RM800 | RM 1000 | RM 500 |
Fasa Pembayaran | April : RM 1000
Mei : RM 600 |
April : RM 500
Mei : RM 300 |
April : RM 500
Mei : RM 500 |
April : RM 250
Mei : RM 250 |
Tempoh Pembayaran | 6 hingga 12 APR | 6 hingga 12 APR | 13 hingga 15 APR | 13 hingga 15 APR |
Kaedah Pembayaran :
Bayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Tempoh permohonan baru dan rayuan BPN dibuka dari 1-30 April 2020.
Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu dan rayuan akan dibuat dan bagi mereka yang diluluskan bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.
Bagi penerima BPN yang TIDAK mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara TUNAI selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.
Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga.
Untuk makluman bayaran sehingga 12 April 2020 merupakan pembayaran kepada penerima B40 atau penerima BSH sedia ada. Bagi pengguna yg mempunyai akaun bank dan mendaftar nombor telefon bimbit, notifikasi “Bayaran IBG telah dikreditkan” akan dihantar secara SMS.
Justeru, anda tidak perlu beratur semata-mata untuk semak baki wang anda. Berita baik!!!! Mulai minggu ini penerima M40 juga telah mula menerima Bantuan PRIHATIN.