Select Page

Iklan Kekosongan Jawatan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian dan Asas Tani Malaysia

Jawatan : Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Kementerian/Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : Gred KP 29 (RM 1, 493.00 – RM 5,696.00
Tarikh Tutup permohonan : 15 Februari 2019 (Jumaat)
Lokasi : Pejabat-Pejabat MAQIS Semenanjung Malaysia dan Labuan

 

Cara Memohon :

Download borang di sini : https://klikjom.com/2DXSPDy

1. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil lahir, kad pengenalan , sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.

2. Sekiranya pemohon sedang memegang Jawatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan beserta dengan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang kemaskini.

3. Tuliskan TIADA pada ruang yang tidak berkenaan. Gunakan lampiran sekiranya ruang yang disediakan tidak mencukupi.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disampaikan kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
Aras 4, Wisma Tani, Lot 4G1
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 PUTRAJAYA
(u.p Bahagian Khidmat Pengurusan)

5. Borang permohonan bersama-sama dokumen lengkap hendaklah sampai sebelum atau pada 15 Februari 2019 (Jumaat)

6. Borang permohonan yang tidak lengkap , tidak kemas dan lewat diterima tidak akan diproses.

Share This