Iklan Jawatan Kosong UiTM Segamat | MAC 2020

Jawatan Kosong UiTM Segamat

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Bukan Akademik secara Tetap/Kontrak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat.

 

BIL
JAWATAN
GRED
PENEMPATAN
JADUAL GAJI
SKIM PERKHIDMATAN
MINIMUMMAXIMUM
1 Kerani N19Kampus SegamatRM 1,352.00RM 4,003.00 Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi)
2 Pelukis Grafik B19Kampus SegamatRM1,360.00RM 4,032.00 Pereka
3Penyelia Asrama Kampus SegamatRM 54.00/Sehari

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
    iklan jawatan.
  2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau badan-badan Berkanun
    mestilah melalui ketua jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan kenyataan perkhidmatan
    yang dikemaskini.
  3. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
    •Kad Pengenalan
    •Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    •Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)
    •Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
    •Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat)
  4. Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul permohonan.
  5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/Separa Kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.
  6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
  7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor.
  9.  Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
  10. Borang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://johor.uitm.edu.my/v1 atau di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mac 2020.

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
No Tel : +(607)-935 2020 / 2273 / 2272

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.