Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan, dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:

1PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

TARAF PERKHIDMATAN: TETAP

Syarat-syarat kelayakan permohonan bagi jawatan (Skim Perkhidmatan) boleh dirujuk di sini.

CARA MEMOHON:

1. Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang diperolehi melalui pautan ini atau

http://putra2.spa.gov.my/spa8new

2. Sila rujuk PANDUAN PENGGUNA (VIDEO) atau PANDUAN PENGGUNA(.pdf) bagi membuat permohonan ini.

TARIKH PERMOHONAN :

23 JANUARI 2019 hingga 05 FEBRUARI 2019 (SELASA) jam 11.59 malam.

UMUR

  1. Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.


CATATAN AM  : 

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
  2. Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Semakan Melalui Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tiada surat akan dihantar.
  3. Calon dikehendaki mencetak borang permohonan SPA8i selepas membuat permohonan untuk simpanan.

 Untuk maklumat lanjut, hubungi talian : 09-7485089. (Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan)

IKLAN JAWATAN KOSONG