Select Page

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kelantan Darul Naim) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan : Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,549.00 – RM5,701.00

Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memilik i kelayakan seperti berikut :
a. warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i. Sijil dalam bidang perancang Bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

ii. Diploma dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kela
yakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM 1,935.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :

i. Menyediakan maklumat dan pelan yang berkaitan untuk kegunaan
perancangan dan koordinasi pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan/sistem trafik di kawasan perbandaran.

ii. Memberikan ulasan teknikal bagi permohonan kebenaran merancang binaan bangunan, pengubahsuaian bangunan, kemudahan infrastuktur dan utiliti bagi kawasan perbandaran.

iii. Menyediakan pelan dan laporan lawatan tapak bagi permohonan membina struktur menara telekomunikasi dan permohonan cadangan untuk memasang struktur telekomunikasi atas bangunan oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan menyediakan pelan bagi pegawai kawasan.

iv. Bertanggungjawab terhadap penyelarasan bajet berhubung dengan pengurusan projek, promosi pemasaran hartanah, pembangunan dan bajet mengurus. Pembangunan pangkalan data GIS untuk data-data perancangan serta pengumpulan maklumat-maklumat kemajuan perancangan dan pembagunan bandar.

CARA MEMOHON

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1
yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM 2.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan MDPM 1.

c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

d. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

e. Alamat Permohonan :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
KOMPLEKS APAM PUTRA
BANDAR BARU PASIR MAS, LUBOK JONG
17070 PASIR MAS
KELANTAN


f. Tarikh Jawatan Diiklankan : 27 JANUARI 2019
g. Tarikh Tutup Permohonan : 10 FEBRUARI 2019


h. Catatan Am :

Permohonan yang tidak lengkap dan memenuhi syarat akan ditolak

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan

dipanggil temuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.


Rujukan Iklan

Nota & Contoh Soalan PTD 2019


Anda calon PTD 2019 ? Jom daftar percuma Nama dan Email anda.

Pihak kami akan memaklumkan kepada anda tentang Jualan Panduan Peperiksaan PTD 2019.

Terima kasih kerana mendaftar. Sila sahkan email anda dengan klik link yang kami hantar sebentar lagi

Share This