Select Page

GrabBike (Beta) – Daftar Sekarang

GrabBike (Beta) – Daftar Sekarang

GrabBike (Beta) atau lebih dikenali dengan nama Gojek di negara jiran merupakan perkhidmatan pengangkutan yang membantu para pembonceng sampai ke destinasi mereka menggunakan motosikal.

Program ini adalah selaras dengan kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang telah memberikan lampu hijau untuk syarikat penghantaran melaksanakan program perintis selama 6 bulan dari Januari 2020 hingga June 2020.

Pihak Grab melancarkan  program GrabBike Beta ini di Lembah Klang terlebih dahulu. Antara isentif yang di tawarkan adalah :

  • Pendapatan lebih (tempahan GrabBike (Beta) + pesanan GrabFood)
  • Insentif khas untuk bulan pertama
  • Jaket untuk rakan-penghantar dan topi keledar pembonceng percuma

Jangan ketinggalan peluang hebat ini! Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada program perintis ini, sila mendaftar melalui butang di bawah sebelum 2 Disember 2019.

Untuk jawatan rider lain boleh rujuk disini

Grab akan memilih rakan-penghantar yang mendaftar berdasarkan beberapa syarat-syarat seperti:

  • Motosikal tidak melebihi 5 tahun (dari tarikh pendaftaran JPJ)
  • Rakan-penghantar mempunyai lesen memandu penuh
  • …dan syarat-syarat lain yang akan dikuatkuasakan berdasarkan kenyataan Menteri Pengangkutan.

Syarat-syarat Program Perintis GrabBike

Berdasarkan kenyataan Menteri Pengangkutan (5 Nov 2019):
(i) Lokasi hanya di Lembah Klang.
(ii) Tempoh program perintis adalah 6 bulan mulai Januari 2020.
(iii) Pemandu hendaklah mempunyai lesen memandu penuh (lesen B atau
B2).
(iv) Pemandu berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
(v) Hanya satu penumpang dibenarkan dibawa pada satu-satu masa, dan
umur penumpang hendaklah tidak kurang daripada 18 tahun.
(vi) Pemandu tidak disenarai hitamkan oleh JPJ atau PDRM.
(vii) Motosikal yang digunakan tidak melebihi 5 tahun (dari tarikh pendaftaran
JPJ).
(viii) Motosikal yang digunakan mempunyai pendaftaran yang sah dengan JPJ.
(ix) Motosikal yang digunakan tidak disenarai hitamkan oleh JPJ.
(x) Motosikal yang digunakan tidak mempunyai pengubahsuaian yang tidak
diluluskan oleh JPJ.
(xi) Pemandu hendaklah menggunakan tanda pakaian dan tanda di motosikal
yang jelas.
(xii) Pemandu hendaklah mematuhi semua peraturan jalan raya sepenuhnya.

Syarat-syarat di atas mungkin berubah dan ia bergantung pada pertimbangan
Kementerian Pengangkutan. Kami akan memaklumkan anda setelah kami menerima
perkembangan selanjutnya.

Rakan-penghantar terpilih akan dimaklumkan selewat-lewatnya 9 Disember 2019 untuk memulakan latihan khas dalam bulan Disember 2019.

Tips Ujian Psikometrik , sila lihat di sini 


Soalan Lazim

  1. Bilakah Grab akan menghubungi saya selepas saya dipilih untuk program perintis ini?

Grab akan menghubungi rakan-penghantar terpilih dalam tempoh masa 5 hari perniagaan.

2. Apakah yang bakal berlaku sekiranya saya terpilih untuk menjadi sebahagian program perintis ini?

Jika anda terpilih, anda akan dijemput untuk menghadiri latihan khas GrabBike (Beta). Anda akan diberi jaket untuk dipakai dan topi keledar pembonceng percuma apabila anda menghadiri latihan tersebut. Oleh itu, kami harap rakan-penghantar terpilih akan kekal dalam program perintis sehinggalah tempoh 6 bulan tamat.

Selain itu, dalam tempoh 6 bulan tersebut, anda akan hanya menerima:

  • Pesanan GrabFood (kecuali kek dan pizza)
  • Tempahan GrabBike (Beta)

Rakan-penghantar Shared Fleet yang terpilih tidak akan menerima pesanan GrabExpress. Oleh sebab itu, rakan-penghantar tidak akan dapat mengguna ciri Pilihan Pemandu lagi.

3. Adakah tempahan GrabBike tertakluk kepada caj komisen 20% pada tambang seperti pesanan GrabExpress?

Ya, dan komisen ini akan ditolak daripada dompet tunai anda. Semua rakan-penghantar terpilih akan diberi panduan untuk ciri-ciri GrabBike (Beta).

4. Beg penghantaran semasa saya terlalu besar untuk saya membawa pembonceng sekali. Bagaimanakah untuk membawa para pembonceng jika saya terpilih untuk program ini?

Jangan risau, jika anda terpilih, anda akan diberi beg penghantaran yang lebih kecil apabila anda menghadiri latihan khas. Sila bawa beg penghantaran anda untuk membuat pertukaran pada hari tersebut.

5. Bolehkah saya mematikan GrabBike (Beta) pada tetapan jenis perkhidmatan aplikasi saya jika saya tidak ingin menerima tempahan GrabBike (Beta)?

Tidak, anda tidak boleh mematikan GrabBike (Beta) tetapi anda boleh mematikan GrabFood jika anda ingin mendapatkan tempahan GrabBike (Beta) sahaja.

6. Dimanakah program perintis ini akan dilancarkan?

Perkhidmatan GrabBike (Beta) akan hanya tersedia di beberapa kawasan Lembah Klang sahaja. Senarai kawasan terpilih akan dimaklumkan pada masa terdekat.

Sumber GRABBIKE

About The Author

Rakan Kerjaya Anda :)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Cari apa tu?
Share This