Untuk pengetahuan anda, Ujian Psikometrik mula diguna pakai untuk kemasukan ke pelbagai sektor awam. Ujian Psikometrik ini menggantikan ujian Siasah dan Minat tetapi kini dalam skop yang lebih terarah.

Psikometrik ini adalah tambahan kepada peperiksaan online yang mengukur kepada kekuatan minda, ingatan dan personaliti seseorang. Dengan kata lain, psikometrik ini dapat menilai pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

Ini antara langkah awal untuk memilih calon yang layak untuk jawatan tertentu.

 

Tetapi bagi calon, ujian psikometrik ini akan menambah tekanan kepada mereka lagi. Ini kerana yang utama kepada calon adalah untuk mendapatkan jawatan tetap dalam kerajaan.

Admin faham semua itu. Semakin banyak ujian semakin sukar untuk mendapat tempat dalam temuduga.

Ramai calon yang ingin bantu diri, bantu keluarga dan merancang untuk berkahwin serta sebagainya.

Admin nak beri tips paling penting untuk menjawab soalan psikometrik ini :

 

TONJOLKAN NILAI POSITIF ANDA
SEMBUNYIKAN NILAI NEGATIF ANDA!

 

 

Mudah bukan. Perlu diingatkan, ujian ini mengukur dimensi berkaitan aptitude minda, kecenderungan minat dan trait personaliti. Oleh itu pastikan sifat positif anda di tunjukkan dalam menjawab soalan psikometrik anda. Untuk sifat negatif pula, jika boleh cuba perbaiki dan tinggalkan.

 

Contoh Soalan Psikometrik:

Berikut adalah contoh soalan psikometrik :

1. Saya suka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

A. Ya            B. Tidak

2. Apabila saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan, saya tidak akan berikhtiar untuk berubah

A. Ya             B. Tidak

3. Walaupun saya tidak mahir dalam sesuatu perkara, saya sentiasa berusaha untuk belajar sesuatu yang baru

A. Ya              B. Tidak

4. Apabila keputusan mesyuarat telah diputuskan, mereka tidak boleh menyuruh saya melaksanakannya

A. Ya             B. Tidak

5. Di tempat kerja yang baru, saya tidak boleh menyesuaikan diri dengan cepat

A. Ya            B. Tidak

6. Di dalam mesyuarat, saya sentiasa mendiamkan diri dan tidak mengambil tahu tentang keputusan mesyuarat

A. Ya           B. Tidak

7. Setiap tugas yang ditugaskan kepada saya akan dilaksanakan dengan sambil lewa

A. Ya         B. Tidak

 

Soalan nampak senang tetapi jika tidak berhati-hati boleh mengelirukan. Rasanya lebih mudah kalau anda dapat buat LATIH TUBI jawab soalan-soalan yang biasa di tanya dalam ujian ini.
Kami dah kumpulkan semua maklumat yang anda kena tahu;
  • tip jawab soalan
  • contoh soalan
  • cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda
Ujian PSIKOMETRIK ini adalah antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pasti sedia maklum bahawa   puluhan ribu dari seluruh negara yang memohon untuk mengisi jawatan yang agak terhad. Ujian penilaian ini memudahkan urusan pihak SPA untuk mendapatkan calon yang benar-benar layak sahaja dipilih.

Tapi agak malang untuk yang ambil sambil lewa ujian ini dan gagal. Padahal beliau (ANDA!) layak untuk lulus.

JOM DAPATKAN PANDUAN UJIAN PSIKOMETRIK 2018

Jika anda berminat untuk mendapatkan bank soalan ujian psikometrik yang berharga RM 40 bolehlah lakukan pembelian segera.

TEMPAH SEKARANG