MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
===============================================

PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29 DI JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA (JAKOA)
TARIKH PEPERIKSAAN : 18 FEBRUARI 2020 (SELASA)
MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:40 PAGI

Pautan Alternatif:
———————–
http://e-semakan.spa.gov.my/s29_jakoa

Sila layari laman web:
—————————-
http://www.spa.gov.my/…/pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan…

PERHATIAN :
———–
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 (KEMAS) akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 (JAKOA). Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 (KEMAS).

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:40 pagi.

 

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Seksyen A – Pengetahuan Am (Seksyen A) 10:00 Pagi hingga 10:25 pagi
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (Seksyen B) 10:40 Pagi hingga 11:05 pagi
Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris 11:20 t/hari hingga 11:40 t/hari

 

Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan AM
Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Ramai calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini
kerana terdapat konsep matematik peringkat SPM yang perlu diingat semula dan soalan yang
memerlukan pengiraan dengan pantas dalam masa yang singkat.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran
logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya
merangkumi silibus SPM.

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, soalan dalam Seksyen A ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu;
• Penyelesaian Masalah
• Menginterpretasi Data
• Soalan Matematik
• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

10 Contoh Soalan Seksyen A (Pengetahuan AM)

1. Antara kelayakan yang akan hilang bagi seorang yang bankrap ialah

i) Mengamalkan profesion tertentu
ii) Menjalankan perniagaan sendiri
iii) Menjadi ahli dalam parti politik
iv) Meninggalkan negara tanpa kebenaran

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

3. Guru-guru dan ibubapa di SMK Ledang mengutip derma kilat untuk
mangsa gempa bumi Indonesia mengikut nisbah 5:9. Ibu bapa telah
mengutip sebanyak RM4500. Kirakan jumlah derma yang dikutip.

A. RM2000
B. RM2500
C. RM5000
D. RM7000

3. Apakah ciri-ciri masyarakat feudal ?

I) Raja berkuasa mutlak
II) Golongan pemerintah berkuasa ke atas golongan diperintah
III) Golongan pemerintah berkuasa ke atas golongan diperintah
IV) Golongan masyarakat terbahagi kepada pemerintah, diperintah dan golongan bebas

A) I dan III
B) I dan IV
C) I, II dan III
D) II , III dan IV

4. Satu daripada kenyataan di bawah ini BUKAN mengenai Kerajaan Tempatan

A) Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa membuat undang-undang kecik bagi kawasannya
B) Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa mengutip cukai hasil tanah
C) Kerajaan Tempatan bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri
D) Kerajaan Tempatan memberi peluang kepada penduduk mengambil bahagian dalam mentadbir kawasannya.

5) Sisa domestik yang terhasil dari kawasan perumahan terdiri daripada sisa pepejal dan cecair. Yang manakah BUKAN contoh sisa pepejal

A) Sisa makanan
B) Lampin pakai buang
C) Plastik minuman
D) Air Kumbahan

6) Dalam perisian Microsoft Excel, fungsi yang digunakan untuk menggabungkan sel-sel yang dipilih menjadi satu sel besar ialah

A) Format cells
B) Wrap text
C) Merge cells
D) Page break

7) Kelebihan yang diperolehi daripada menyertai Program Pengurusan Kredit yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah

I) Penyusunan semula aliran tunai
II) Tiada ganguan daripada penuntut hutang
III) Pemberian kemudahan kredit yang munasabah
IV) Penangguhan daripada tindakan undang-undang

A) I, II dan III
B) I , II dan IV
C) I, III dan IV
D) II , III dan IV

8) Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Reid ?

A) Mengkaji dasar pendidikan negara
B) Menggubal Perlembagaan Malaysia
C) Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu
D) Menjalankan referendum pembentukan Malaysia

9) Malaysia mempunyai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di semua negara di bawah kecuali :

A) Pakistan
B) India
C) Turki
D) Brunei

10) Antara berikut, manakah BUKAN gelaran yang digunakan dalam prinsip sistem politik dan sosial dalam Adat Perpatih ?

A) Buapak
B) Lembaga
C) Penghulu
D) Tok Sidang

 

Seksyen B- Kefahaman Bahasa Inggeris

Kefahaman Bahasa Inggeris menguji pemahaman anda dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Pelbagai bentuk soalan boleh ditanya. Pilihan jawapan diberikan untuk anda membuat pilihan yang betul. Pada seksyen ini, anda boleh diuji dalam pecahan berikut :

i. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
ii. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

  1. Choose the correct collective nouns for the things accordingly.
    Example: A bouquet of flowers
    cotton / bread / ships / sticksA. bale / batch / fleet / bundle
    B. bunch / book / troop / stack
    C. bundle / block / heap / bundle
    D. block / batch / group / bunch
  2. Choose a correct sentence that can be formed using these words
    respect / said that / demanded / it / but / is / given / that / is notA. It said that respect is given but is not demanded.
    B. It is said that respect is not demanded but given.
    C. Respect is given but is said that it is not demanded.
    D. Respect is demanded but is said that it is not given
  3. Aidan didn’t have much money, ____ he got by.A. since
    B. but
    C. so
    D. for4. Hand saw, bubble levels, claw hammer, chisels. The listed tools are
    usually used by a …A. mechanic
    B. farmer
    C. carpenter
    D. cobbler

Ini merupakan antara contoh soalan yang akan ditanya dan hadapi semasa peperiksaaan online nanti. Contoh-contoh soalan ini merupakan contoh berdasarkan pengalaman calon sebelum ini.

Untuk memantapkan lagi persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini, anda juga boleh wasap dan berikan email untuk kami hantar contoh soalan peperiksaan online ini.

Berikan peluang untuk kami bantu anda lulus exam ini untuk melayakkan anda di temuduga. Berikut adalah testimoni calon-calon exam lepas yang telah berjaya kami bantu untuk lulus. Semoga mereka berjaya untuk peringkat seterusnya.

  

 

Boleh wasap saya untuk dapatkan contoh-contoh soalan dan preview copy

Boleh wasap untuk sebarang pertanyaan https://ptn19.wasap.my/

Atau join Telegram Channel DI SINI

Tugas dan Latar Belakang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/ Jabatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,493.00RM5,672.00RM 145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
      3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas :
    Memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.