Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah melakukan panggilan peperiksaan online untuk Penolong Jurutera Gred JA29 dan JA41. Sila lakukan semakan di email utama anda. Ini kerana SPA telah menghantar email kepada calon untuk bersedia menjalani Periksaan Online memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).

Peperiksaan Online PENOLONG JURUTERA GRED JA29   ini penting untuk anda lulus supaya layak dipanggil ke temuduga.

  • Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)
    (Kementerian Kerja Raya Malaysia)
    (Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE))
    [Tarikh Peperiksaan : 25 Ogos 2021]
    [Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:00 pagi]

 

Format Peperiksaan Online SPA

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah (Seksyen A)
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris (Format Baru SPA) (Seksyen B)

Contoh Soalan Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Peperiksaan Online Penolong Jurutera JA29 

Ramai calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini
kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan soalan yang
memerlukan pengiraan dengan pantas dalam masa yang singkat.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran
logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya
merangkumi silibus SPM.

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, soalan dalam Seksyen A ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu;
• Penyelesaian Masalah
• Menginterpretasi Data
• Soalan Matematik
• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

10 Contoh Soalan Seksyen A

1. Antara kelayakan yang akan hilang bagi seorang yang bankrap ialah

i) Mengamalkan profesion tertentu
ii) Menjalankan perniagaan sendiri
iii) Menjadi ahli dalam parti politik
iv) Meninggalkan negara tanpa kebenaran

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

2. Teknologi maklumat dan komunikasi merujuk kepada

A) Sebarang komunikasi dan kemudahan aplikasi yang berasaskan komputer
B) Teknologi yang digunakan oleh manusia untuk menigkatkan kualiti kehidupan mereka
C) Merangkumi tiga komponen utama iaitu komputer, internet dan rangkaian
D) Pemprosesan maklumat melalui peralatan eletronik dan perisian aplikasi untuk memindah, penyimpan, menghantar dan menerima data

3. Apakah ciri-ciri masyarakat feudal ?

I) Raja berkuasa mutlak
II) Golongan pemerintah berkuasa ke atas golongan diperintah
III) Golongan pemerintah berkuasa ke atas golongan diperintah
IV) Golongan masyarakat terbahagi kepada pemerintah, diperintah dan golongan bebas

A) I dan III
B) I dan IV
C) I, II dan III
D) II , III dan IV

4. Satu daripada kenyataan di bawah ini BUKAN mengenai Kerajaan Tempatan
A) Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa membuat undang-undang kecik bagi kawasannya
B) Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa mengutip cukai hasil tanah
C) Kerajaan Tempatan bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri
D) Kerajaan Tempatan memberi peluang kepada penduduk mengambil bahagian dalam mentadbir kawasannya.

5) Sisa domestik yang terhasil dari kawasan perumahan terdiri daripada sisa pepejal dan cecair. Yang manakah BUKAN contoh sisa pepejal

A) Sisa makanan
B) Lampin pakai buang
C) Plastik minuman
D) Kumbahan

6) Dalam perisian Microsoft Excel, fungsi yang digunakan untuk menggabungkan sel-sel yang dipilih menjadi satu sel besar ialah

A) Format cells
B) Wrap text
C) Merge cells
D) Page break

7) Kelebihan yang diperolehi daripada menyertai Program Pengurusan Kredit yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah

I) Penyusunan semula aliran tunai
II) Tiada ganguan daripada penuntut hutang
III) Pemberian kemudahan kredit yang munasabah
IV) Penangguhan daripada tindakan undang-undang

A) I, II dan III
B) I , II dan IV
C) I, III dan IV
D) II , III dan IV

8) Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold ?
A) Mengkaji dasar pendidikan negara
B) Menggubal Perlembagaan Malaysia
C) Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu
D) Menjalankan referendum pembentukan Malaysia

9) Malaysia mempunyai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di semua negara di bawah kecuali :

A) Pakistan
B) India
C) Turki
D) Brunei

10) Antara berikut, manakah BUKAN gelaran yang digunakan dalam prinsip sistem politik dan sosial dalam Adat Perpatih ?
A) Buapak
B) Lembaga
C) Penghulu
D) Tok Sidang

Seksyen B- Kefahaman Bahasa Inggeris

Kefahaman Bahasa Inggeris menguji pemahaman anda dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Pelbagai bentuk soalan boleh ditanya. Pilihan jawapan diberikan untuk anda
membuat pilihan yang betul. Pada seksyen ini, anda boleh diuji
dalam pecahan berikut :

i. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
ii. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

  1. Choose the correct collective nouns for the things accordingly.
    Example: A bouquet of flowers
    cotton / bread / ships / sticksA. bale / batch / fleet / bundle
    B. bunch / book / troop / stack
    C. bundle / block / heap / bundle
    D. block / batch / group / bunch
  2. Choose a correct sentence that can be formed using these words
    respect / said that / demanded / it / but / is / given / that / is notA. It said that respect is given but is not demanded.
    B. It is said that respect is not demanded but given.
    C. Respect is given but is said that it is not demanded.
    D. Respect is demanded but is said that it is not given
  3. Aidan didn’t have much money, ____ he got by.
    A. since
    B. but
    C. so
    D. for
  4. Hand saw, bubble levels, claw hammer, chisels. The listed tools are
    usually used by a …A. mechanic
    B. farmer
    C. carpenter
    D. cobbler

Ini merupakan antara contoh soalan yang akan ditanya dan hadapi semasa peperiksaaan online nanti. Contoh-contoh soalan ini merupakan contoh berdasarkan pengalaman calon sebelum ini.

Untuk memantapkan lagi persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan online PENOLONG JURUTERA GRED JA29 ini, anda juga boleh wasap dan berikan email untuk kami hantar contoh soalan peperiksaan online ini.

Berikan peluang untuk kami bantu anda lulus exam ini untuk melayakkan anda di temuduga. Berikut adalah testimoni calon-calon exam lepas yang telah berjaya kami bantu untuk lulus. Semoga mereka berjaya untuk peringkat seterusnya.

Antara Contoh Nota Rujukan Yang Kami Sediakan

Boleh wasap saya untuk dapatkan contoh-contoh soalan dan preview copy atau download di bawah :

Sila KLIK DI SINI

 

Download Contoh Soalan Seksyen A – http://bit.ly/2RyT2CM
Download Tips Seksyen B – http://bit.ly/2RgQD0D

 

Boleh  join telegram

untuk sebarang pertanyaan https://ptn19.wasap.my/

    • Penolong Jurutera Gred JA29

      • Kumpulan:Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
      • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/Jabatan
      • Jadual Gaji:
        GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
        GAJI TAHUNAN
        RM1,549.00 RM5,701.00 RM 145.00
      • Syarat Lantikan:
        Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
        1. warganegara Malaysia;
        2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
          1. sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
            (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
          2. diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
            (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
      • Syarat Bahasa Melayu
        Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
      • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
        Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
          1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
          2. lulus Peperiksaan Khas; dan
        1. had umur pelantikan:
          1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
          2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
          3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
      • Deskripsi Tugas:
        Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

 

Boleh wasap untuk sebarang pertanyaan https://ptn19.wasap.my/