MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
===========================================
PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19 (SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK) DI JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)
TARIKH PEPERIKSAAN : 10 NOVEMBER 2020 (SELASA)
MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI HINGGA 11:00 PAGI
Pautan Alternatif:
——————-
Sila layari laman web:
————————
PERHATIAN :
———–
Calon-calon yang lulus Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 akan dipanggil ke Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Maklumat bekenaan Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 boleh dirujuk melalui pautan https://www.spa.gov.my/…/pembantu-pertahanan-awam-gred…
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi

Contoh Soalan Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Peperiksaan Online Pembantu Pertahanan Awam KP19

Ramai calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini
kerana terdapat konsep matematik peringkat SPM yang perlu diingat semula dan soalan yang
memerlukan pengiraan dengan pantas dalam masa yang singkat.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran
logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya
merangkumi silibus SPM.

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, soalan dalam Seksyen A ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu;
• Penyelesaian Masalah
• Menginterpretasi Data
• Soalan Matematik
• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

10 Contoh Soalan Seksyen A

1. Antara kelayakan yang akan hilang bagi seorang yang bankrap ialah

i) Mengamalkan profesion tertentu
ii) Menjalankan perniagaan sendiri
iii) Menjadi ahli dalam parti politik
iv) Meninggalkan negara tanpa kebenaran

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

2. Teknologi maklumat dan komunikasi merujuk kepada

A) Sebarang komunikasi dan kemudahan aplikasi yang berasaskan komputer
B) Teknologi yang digunakan oleh manusia untuk menigkatkan kualiti kehidupan mereka
C) Merangkumi tiga komponen utama iaitu komputer, internet dan rangkaian
D) Pemprosesan maklumat melalui peralatan eletronik dan perisian aplikasi untuk memindah, penyimpan, menghantar dan menerima data

3. Apakah ciri-ciri masyarakat feudal ?

I) Raja berkuasa mutlak
II) Golongan pemerintah berkuasa ke atas golongan diperintah
III) Golongan pemerintah berkuasa ke atas golongan diperintah
IV) Golongan masyarakat terbahagi kepada pemerintah, diperintah dan golongan bebas

A) I dan III
B) I dan IV
C) I, II dan III
D) II , III dan IV

4. Satu daripada kenyataan di bawah ini BUKAN mengenai Kerajaan Tempatan

A) Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa membuat undang-undang kecik bagi kawasannya
B) Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa mengutip cukai hasil tanah
C) Kerajaan Tempatan bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri
D) Kerajaan Tempatan memberi peluang kepada penduduk mengambil bahagian dalam mentadbir kawasannya.

5) Sisa domestik yang terhasil dai kawasan perumahan terdiri daripada sisa pepejal dan cecair. Yang manakah BUKAN contoh sisa pepejal

A) Sisa makanan
B) Lampin pakai buang
C) Plastik minuman
D) Kumbahan

6) Dalam perisian Microsoft Excel, fungsi yang digunakan untuk menggabungkan sel-sel yang dipilih menjadi satu sel besar ialah

A) Format cells
B) Wrap text
C) Merge cells
D) Page break

7) Kelebihan yang diperolehi daripada menyertai Program Pengurusan Kredit yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah

I) Penyusunan semula aliran tunai
II) Tiada ganguan daripada penuntut hutang
III) Pemberian kemudahan kredit yang munasabah
IV) Penangguhan daripada tindakan undang-undang

A) I, II dan III
B) I , II dan IV
C) I, III dan IV
D) II , III dan IV

8) Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold ?

A) Mengkaji dasar pendidikan negara
B) Menggubal Perlembagaan Malaysia
C) Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu
D) Menjalankan referendum pembentukan Malaysia

9) Malaysia mempunyai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di semua negara di bawah kecuali :

A) Pakistan
B) India
C) Turki
D) Brunei

10) Antara berikut, manakah BUKAN gelaran yang digunakan dalam prinsip sistem politik dan sosial dalam Adat Perpatih ?

A) Buapak
B) Lembaga
C) Penghulu
D) Tok Sidang

 

Seksyen B- Kefahaman Bahasa Inggeris

Kefahaman Bahasa Inggeris menguji pemahaman anda dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Pelbagai bentuk soalan boleh ditanya. Pilihan jawapan diberikan untuk anda membuat pilihan yang betul. Pada seksyen ini, anda boleh diuji dalam pecahan berikut :

i. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
ii. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

  1. Choose the correct collective nouns for the things accordingly.
    Example: A bouquet of flowers
    cotton / bread / ships / sticksA. bale / batch / fleet / bundle
    B. bunch / book / troop / stack
    C. bundle / block / heap / bundle
    D. block / batch / group / bunch
  2. Choose a correct sentence that can be formed using these words
    respect / said that / demanded / it / but / is / given / that / is notA. It said that respect is given but is not demanded.
    B. It is said that respect is not demanded but given.
    C. Respect is given but is said that it is not demanded.
    D. Respect is demanded but is said that it is not given
  3. Aidan didn’t have much money, ____ he got by.A. since
    B. but
    C. so
    D. for4. Hand saw, bubble levels, claw hammer, chisels. The listed tools are
    usually used by a …A. mechanic
    B. farmer
    C. carpenter
    D. cobbler

Ini merupakan antara contoh soalan yang akan ditanya dan hadapi semasa peperiksaaan online nanti. Contoh-contoh soalan ini merupakan contoh berdasarkan pengalaman calon sebelum ini.

Untuk memantapkan lagi persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan online Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini, anda juga boleh wasap dan berikan email untuk kami hantar contoh soalan peperiksaan online ini.

Berikan peluang untuk kami bantu anda lulus exam ini untuk melayakkan anda di temuduga. Berikut adalah testimoni calon-calon exam lepas yang telah berjaya kami bantu untuk lulus. Semoga mereka berjaya untuk peringkat seterusnya.

  

Boleh wasap saya untuk dapatkan contoh-contoh soalan dan preview copy

Boleh wasap untuk sebarang pertanyaan https://ptn19.wasap.my/  

Dapatkan terus contoh soalan dan nota peperiksaan online di https://bit.ly/2I9V5fw

Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Pertahanan Awam
1. JADUAL GAJI
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
2. SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d)
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00); atau
  2. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00); atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,416.40); atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,472.80)
(e) Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:
  1. Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
3. SYARAT LANTIKAN BAGI BEKAS ANGGOTA POLIS ATAU TENTERA
Calon yang merupakan bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya hendaklah memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan dalam perkara 2(a), 2(b), 2(d)(ii) dan 2(e) di atas.
4. DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran/kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.