Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Penguatkuasa KP41 | KDN

  • Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
    (Kementerian Dalam Negeri)
    (Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE))
    [Tarikh/Masa Peperiksaan : 28 Julai 2020 10:00 Pagi – 11:00 Pagi]

Tahniah kepada anda yang terpilih untuk menjalani peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 Kementerian Dalam Negeri. Adakah anda sudah bersedia ?

Adakah anda tahu tugas dan skop kerja Pegawai Penguatkuasa KP41 ? Jom kita semak

DESKRIPSI TUGAS :
  • Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

 

Seterusnya kita ulangkaji pula Sejarah KDN:
Seterusnya kita ambil tahu pula apa fungsi KDN ?
Visi, Misi & Teras KDN

VISI
Peneraju Keselamatan dan Keamanan Dalam Negeri

MISI
Memastikan KeselamatanDan Keamanan Dalam Negara
Terjamin Dan Kesejahteraan Rakyat Terpelihara

MOTO
Keselamatan Tanggunjawab Bersama

TERAS UTAMA
1. Integriti
2. Kualilti
3. Inovasi
4. Profesionalism
5. Espirit de Corps

Ok, jika anda sudah hafal info2 ini berkenaan KDN, jom kita kaji pula format peperiksaan online untuk Pegawai Penguatkuasa KP41 :

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Untuk seksyen A, adalah soalan matematik standard SPM. Jadi anda perlu melakukan ulangkaji untuk membiasakan diri dengan soalan dan melakukan kiraan cepat untuk menjimatkan masa.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran
logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya
merangkumi silibus SPM.

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, soalan dalam Seksyen A ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu;
• Penyelesaian Masalah
• Menginterpretasi Data
• Soalan Matematik
• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

10 Contoh Soalan Seksyen A

1. Antara kelayakan yang akan hilang bagi seorang yang bankrap ialah

i) Mengamalkan profesion tertentu
ii) Menjalankan perniagaan sendiri
iii) Menjadi ahli dalam parti politik
iv) Meninggalkan negara tanpa kebenaran

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

2. Teknologi maklumat dan komunikasi merujuk kepada

A) Sebarang komunikasi dan kemudahan aplikasi yang berasaskan komputer
B) Teknologi yang digunakan oleh manusia untuk menigkatkan kualiti kehidupan mereka
C) Merangkumi tiga komponen utama iaitu komputer, internet dan rangkaian
D) Pemprosesan maklumat melalui peralatan eletronik dan perisian aplikasi untuk memindah, penyimpan, menghantar dan menerima data

3. Apakah ciri-ciri masyarakat feudal ?

I) Raja berkuasa mutlak
II) Golongan pemerintah berkuasa ke atas golongan diperintah
III) Golongan pemerintah berkuasa ke atas golongan diperintah
IV) Golongan masyarakat terbahagi kepada pemerintah, diperintah dan golongan bebas

A) I dan III
B) I dan IV
C) I, II dan III
D) II , III dan IV

4. Satu daripada kenyataan di bawah ini BUKAN mengenai Kerajaan Tempatan

A) Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa membuat undang-undang kecik bagi kawasannya
B) Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa mengutip cukai hasil tanah
C) Kerajaan Tempatan bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri
D) Kerajaan Tempatan memberi peluang kepada penduduk mengambil bahagian dalam mentadbir kawasannya.

5) Sisa domestik yang terhasil dai kawasan perumahan terdiri daripada sisa pepejal dan cecair. Yang manakah BUKAN contoh sisa pepejal

A) Sisa makanan
B) Lampin pakai buang
C) Plastik minuman
D) Kumbahan

6) Dalam perisian Microsoft Excel, fungsi yang digunakan untuk menggabungkan sel-sel yang dipilih menjadi satu sel besar ialah

A) Format cells
B) Wrap text
C) Merge cells
D) Page break

7) Kelebihan yang diperolehi daripada menyertai Program Pengurusan Kredit yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah

I) Penyusunan semula aliran tunai
II) Tiada ganguan daripada penuntut hutang
III) Pemberian kemudahan kredit yang munasabah
IV) Penangguhan daripada tindakan undang-undang

A) I, II dan III
B) I , II dan IV
C) I, III dan IV
D) II , III dan IV

8) Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold ?

A) Mengkaji dasar pendidikan negara
B) Menggubal Perlembagaan Malaysia
C) Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu
D) Menjalankan referendum pembentukan Malaysia

9) Malaysia mempunyai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di semua negara di bawah kecuali :

A) Pakistan
B) India
C) Turki
D) Brunei

10) Antara berikut, manakah BUKAN gelaran yang digunakan dalam prinsip sistem politik dan sosial dalam Adat Perpatih ?

A) Buapak
B) Lembaga
C) Penghulu
D) Tok Sidang

 

Seksyen B- Kefahaman Bahasa Inggeris

Kefahaman Bahasa Inggeris menguji pemahaman anda dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Pelbagai bentuk soalan boleh ditanya. Pilihan jawapan diberikan untuk anda membuat pilihan yang betul. Pada seksyen ini, anda boleh diuji dalam pecahan berikut :

i. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
ii. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

  1. Choose the correct collective nouns for the things accordingly.
    Example: A bouquet of flowers
    cotton / bread / ships / sticksA. bale / batch / fleet / bundle
    B. bunch / book / troop / stack
    C. bundle / block / heap / bundle
    D. block / batch / group / bunch
  2. Choose a correct sentence that can be formed using these words
    respect / said that / demanded / it / but / is / given / that / is notA. It said that respect is given but is not demanded.
    B. It is said that respect is not demanded but given.
    C. Respect is given but is said that it is not demanded.
    D. Respect is demanded but is said that it is not given
  3. Aidan didn’t have much money, ____ he got by.A. since
    B. but
    C. so
    D. for4. Hand saw, bubble levels, claw hammer, chisels. The listed tools are
    usually used by a …A. mechanic
    B. farmer
    C. carpenter
    D. cobbler

Ini merupakan antara contoh soalan yang akan ditanya dan hadapi semasa peperiksaaan online nanti. Contoh-contoh soalan ini merupakan contoh berdasarkan pengalaman calon sebelum ini.

Untuk memantapkan lagi persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41  ini, anda juga boleh wasap dan berikan email untuk kami hantar contoh soalan peperiksaan online ini.

 

Boleh wasap saya untuk dapatkan contoh-contoh soalan dan preview copy

Boleh wasap untuk sebarang pertanyaan https://ptn19.wasap.my/ 

Rujukan Penuh KP41

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.