Adakah anda calon Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19 yang bakal diadakan pada 10 JULAI 2020 ini?
Tahniah kami ucapkan. Gunakanlah peluang ini sebaiknya untuk mencapai cita-cita anda.

Iklan kekosongan jawatan Pegawai Imigresen KP19 telah dikeluarkan pada Januari 2020 lepas.

JAWATAN : PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19
KEKOSONGAN : 109
SIMPANAN : 690

Tahniah kami ucapkan. Anda bakal menjadi wira negara dalam memastikan keselamatan sempadan negara.

Kami di sini ingin membantu anda mencapai cita-cita anda untuk menjadi wira negara. Kami ada menyediakan beberapa contoh set soalan untuk anda memahami dengan lebih mendalam format dan tip soalan exam online SPA ini.

 

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
===============================================

(Jabatan Imigresen Malaysia)
(Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE))
[Tarikh Peperiksaan : 10 Julai 2020]
[Masa Peperiksaan : 10:00 Pagi – 11:00 Pagi]

Pautan Alternatif:
———————–
http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai_imigresen

Sila layari laman web:
—————————-
http://www.spa.gov.my/…/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pan…

PERHATIAN :
———–
Calon-calon yang lulus Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Imigresen Gred KP19 akan dipanggil ke Ujian Psikometrik. Hanya calon-calon yang lulus Ujian Psikometrik sahaja akan dipanggil ke Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Maklumat bekenaan Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Pegawai Imigresen Gred KP19 boleh dirujuk melalui pautan http://www.spa.gov.my/…/spm-svm…/pegawai-imigresen-gred-kp19

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Format Peperiksaan Online Pegawai Imigresen Gred KP19

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah (Seksyen A) 10:00 Pagi hingga 10:25 pagi (20 soalan)
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris (Format Baru SPA) (Seksyen B) 10:40 pagi hingga 11:00 pagi (20 soalan)

 

Contoh Soalan Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Peperiksaan Online Pegawai Imigresen Gred KP19

Ramai calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Ini
kerana terdapat konsep matematik peringkat SPM yang perlu diingat semula dan soalan yang
memerlukan pengiraan dengan pantas dalam masa yang singkat.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran
logik, menginterpretasi dan analisis data dan konsep Matematik yang hanya
merangkumi silibus SPM.

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, soalan dalam Seksyen A ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu;
• Penyelesaian Masalah
• Menginterpretasi Data
• Soalan Matematik
• Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

10 Contoh Soalan Seksyen A

1. Antara kelayakan yang akan hilang bagi seorang yang bankrap ialah

i) Mengamalkan profesion tertentu
ii) Menjalankan perniagaan sendiri
iii) Menjadi ahli dalam parti politik
iv) Meninggalkan negara tanpa kebenaran

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

2. Teknologi maklumat dan komunikasi merujuk kepada

A) Sebarang komunikasi dan kemudahan aplikasi yang berasaskan komputer
B) Teknologi yang digunakan oleh manusia untuk menigkatkan kualiti kehidupan mereka
C) Merangkumi tiga komponen utama iaitu komputer, internet dan rangkaian
D) Pemprosesan maklumat melalui peralatan eletronik dan perisian aplikasi untuk memindah, penyimpan, menghantar dan menerima data

3. Apakah ciri-ciri masyarakat feudal ?

I) Raja berkuasa mutlak
II) Golongan pemerintah berkuasa ke atas golongan diperintah
III) Golongan pemerintah berkuasa ke atas golongan diperintah
IV) Golongan masyarakat terbahagi kepada pemerintah, diperintah dan golongan bebas

A) I dan III
B) I dan IV
C) I, II dan III
D) II , III dan IV

4. Satu daripada kenyataan di bawah ini BUKAN mengenai Kerajaan Tempatan

A) Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa membuat undang-undang kecik bagi kawasannya
B) Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa mengutip cukai hasil tanah
C) Kerajaan Tempatan bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri
D) Kerajaan Tempatan memberi peluang kepada penduduk mengambil bahagian dalam mentadbir kawasannya.

5) Sisa domestik yang terhasil dai kawasan perumahan terdiri daripada sisa pepejal dan cecair. Yang manakah BUKAN contoh sisa pepejal

A) Sisa makanan
B) Lampin pakai buang
C) Plastik minuman
D) Kumbahan

6) Dalam perisian Microsoft Excel, fungsi yang digunakan untuk menggabungkan sel-sel yang dipilih menjadi satu sel besar ialah

A) Format cells
B) Wrap text
C) Merge cells
D) Page break

7) Kelebihan yang diperolehi daripada menyertai Program Pengurusan Kredit yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah

I) Penyusunan semula aliran tunai
II) Tiada ganguan daripada penuntut hutang
III) Pemberian kemudahan kredit yang munasabah
IV) Penangguhan daripada tindakan undang-undang

A) I, II dan III
B) I , II dan IV
C) I, III dan IV
D) II , III dan IV

8) Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold ?

A) Mengkaji dasar pendidikan negara
B) Menggubal Perlembagaan Malaysia
C) Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu
D) Menjalankan referendum pembentukan Malaysia

9) Malaysia mempunyai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di semua negara di bawah kecuali :

A) Pakistan
B) India
C) Turki
D) Brunei

10) Antara berikut, manakah BUKAN gelaran yang digunakan dalam prinsip sistem politik dan sosial dalam Adat Perpatih ?

A) Buapak
B) Lembaga
C) Penghulu
D) Tok Sidang

 

Seksyen B- Kefahaman Bahasa Inggeris

Kefahaman Bahasa Inggeris menguji pemahaman anda dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Pelbagai bentuk soalan boleh ditanya. Pilihan jawapan diberikan untuk anda membuat pilihan yang betul. Pada seksyen ini, anda boleh diuji dalam pecahan berikut :

i. Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
ii. Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

  1. Choose the correct collective nouns for the things accordingly.
    Example: A bouquet of flowers
    cotton / bread / ships / sticksA. bale / batch / fleet / bundle
    B. bunch / book / troop / stack
    C. bundle / block / heap / bundle
    D. block / batch / group / bunch
  2. Choose a correct sentence that can be formed using these words
    respect / said that / demanded / it / but / is / given / that / is notA. It said that respect is given but is not demanded.
    B. It is said that respect is not demanded but given.
    C. Respect is given but is said that it is not demanded.
    D. Respect is demanded but is said that it is not given
  3. Aidan didn’t have much money, ____ he got by.A. since
    B. but
    C. so
    D. for4. Hand saw, bubble levels, claw hammer, chisels. The listed tools are
    usually used by a …A. mechanic
    B. farmer
    C. carpenter
    D. cobbler

Ini merupakan antara contoh soalan yang akan ditanya dan hadapi semasa peperiksaaan online nanti. Contoh-contoh soalan ini merupakan contoh berdasarkan pengalaman calon sebelum ini.

Untuk memantapkan lagi persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan online Pegawai Imigresen Gred KP19 ini, anda juga boleh wasap dan berikan email untuk kami hantar contoh soalan peperiksaan online ini.

Berikan peluang untuk kami bantu anda lulus exam ini untuk melayakkan anda di temuduga. Berikut adalah testimoni calon-calon exam lepas yang telah berjaya kami bantu untuk lulus. Semoga mereka berjaya untuk peringkat seterusnya.

  

Boleh wasap saya untuk dapatkan contoh-contoh soalan dan preview copy

Boleh wasap untuk sebarang pertanyaan https://ptn19.wasap.my/ 


Atau dapatkan terus Rujukan PENUH di SINI

 

Boleh join Telegram Channel untuk contoh soalan dan tips Seksyen A dan B :

Pegawai Imigresen Gred KP19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Imigresen
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00RM4,052.00RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
    • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
      • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
      • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
      • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.