Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 sedang hangat dicari oleh calon peperiksaan SPA. Ini kerana SPA akan mengadakan peperiksaan online pada :

Tarikh Peperiksaan : 10 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8:00 MLM – 9:40 MLM
Sila layari laman web :
http://e-semakanbcc.spa.gov.my

 

Format Peperiksaan Online Akauntan Gred WA41

Kali terakhir Peperiksaan Akauntan Gred WA41 adalah pada Mei 2014 dan ianya adalah peperiksaan bertulis. Pada kali ini Peperiksaan Akauntan Gred WA41 diadakan secara online mengikut trend sebelum ini seperti Exam Online PTD 41 dan Pegawai Eksekutif LDHN.

Format Terkini Peperiksaan Online Akauntan :

● SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM

Dalam seksyen A, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan isu semasa termasuklah mengenai politik, sosial, ekonomi, hal ehwal semasa, sains teknologi, perdagangan dan lain-lain lagi.

Masa    : 40 minit
Jam      : 8.00 malam – 8.40 malam
Soalan : 50 soalan aneka pilihan

● SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Dalam Seksyen B, soalan adalah berkisar tentang mengukur daya menyelesaikan masalah  dan soalan matematik serta berkaitan dengan akaun. Soalan matematik yang ditanya dalam soalan merangkumi standard SPM sahaja.

Masa      : 50 Minit
Jam        : 8.55 malam – 9.40 malam
Soalan   : 40 soalan aneka pilihan

Contoh Soalan Peperiksaan Online Akauntan Gred WA41

Contoh #1

Jualan Syarikat Teras Uji Sdn. Bhd. Bernilai RM871,421, kos barang yang dijual berjumlah RM465,651 dan kos operasi RM233,562. Kirakan untung kasar bagi syarikat ini?

Contoh #2

Syarikat Infokerjaya Resources Sdn. Bhd. Telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767. Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?

Contoh #3

Pada 28 Julai 2013, Khairul Asrol membeli barang niaga berharga RM4,300 secara kredit dengan syarat 10% 5 hari; 5% 10 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Khairul Asrol pada 3 Ogos 2013?

Contoh #4

Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset?

A. Kos Pembaikan

B. Harga Kos Belian

C. Nilai Skrap Aset

D. Jangka Usia Penggunaan Aset

Contoh #5

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28

B. 49

C. 56

D. 62

 

Tips Menjawab Soalan Peperiksaaan Online SPA

  1. Pastikan komputer anda (desktop/laptop) anda berfungsi dengan baik. Tidak lambat untuk loading.
  2. Pastikan talian internet anda dalam keadaan terbaik. Untuk pengguna broadband pastikan kuota limit anda mencukupi.
  3. Jika anda menggunakan Streamyx atau UniFi sediakan juga Mobile Internet sebagai backup. Jika menghadapi masalah melayari server SPA sila tukar ke mobile internet.
  4.  Masuk ke link peperiksaan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan. Sekurang-kurangnya 45 minit lebih awal.
  5.  Terus login menggunakan maklumat yang diberikan (Username, Password, Link Exam)
  6.  Jawab dengan tenang setiap soalan secepat yang mungkin. Tinggalkan dahulu soalan yang anda tidak tahu kerana anda boleh mengulang semak nanti
  7. Sediakan kalkulator dan kertas bersama anda untuk pengiraanSemakan Username, Password dan Link Peperiksaan
    Setiap calon diberikan akses yang berbezaUsername adalah nombor kad pengenalan anda
     Password adalah angka giliran anda
     Link akses hanya ada pada surat panggilan andaUntuk dapatkan semua maklumat di atas, anda harus buat semakan sendiri SEKARANG di; http://e-semakan.spa.gov.my/

Persediaan Penuh Peperiksaan Akauntan W41

  • Rujukan ini sedang diupdate oleh Tim Infokerjaya .
  • Tim Infokerjaya telah membantu lebih 78,000 calon sejak tahun 2009.
  • Nota Ringkas Ini Adalah Himpunan Tajuk-Tajuk Penting Berkaitan Tugas & Skop Jawatan Akauntan WA41
  • 40 nota ringkas untuk menjimatkan masa ulangkaji anda.
  • 40 contoh soalan Seksyen A untuk bantu persediaan anda
  • 50 contoh soalan Seksyen B untuk bantu persediaan anda
  • Ini bukan soalan RAMALAN, tetapi sekadar contoh soalan.
  • Latihtubi untuk membiasakan anda dengan soalan peperiksaan online.

[PENTING] Update 3 tahun

Setiap produk Tim Infokerjaya akan diberi FREE UPDATE (komponen utama sahaja) untuk 3 tahun.

Jika anda berminat dengan Rujukan Pantas ini. Sila tinggalkan email anda dan subscribe klik butang di bawah supaya kami dapat memberi info terkini dan preview copy 2017 untuk penilaian anda.

* indicates required


Terima Kasih kerana berminat untuk mendapatkan Panduan  Peperiksaan ONLINE PEGAWAI AKAUNTAN WA41 2017 ini.

Kami ingin memaklumkan jualan ebook Panduan Peperiksaan Online AKAUNTAN AU41 2017 telah pun DIBUKA.

Rujukan Pantas Exam Online AKAUNTAN dengan format TERKINI ialah pakej lengkap study last minit bagi anda
yang busy bekerja, study dan berbisnes. ​

[>] http://klikjom.com/P3AKU41
[>] http://klikjom.com/P3AKU41
.
.
Kami tetap berdoa untuk kejayaan anda. Pilihan di tangan anda.

[>] http://klikjom.com/P3AKU41

Adakah ini exam online pertama anda atau sudah tidak ingat kali berapa anda mencuba?
Kami akan cuba membantu apa yang termampu untuk anda mencapai cita-cita anda.

Anda boleh rujuk sedikit Preview Rujukan Akauntan WA41 disini.

Kami ada menyediakan beberapa Nota Rujukan Tambahan untuk anda gunakan untuk  menjawab soalan exam nanti.

  1. Pengurusan Tertinggi Jabatan Akauntan Negara
  2. Perlembagaan Persekutuan
  3. Senarai Menteri Terkini 2017
  4. Rancangan Malaysia Ke 11
  5. Bajet 2018
  6. Contoh Soalan Online PTD2016

 

 

Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan.

Ramai yang sudah BERJAYA dibantu ! Kini giliran anda pula