Cara Untuk Mohon Beroperasi 9 Sektor Tambahan Melalui MITI

cara untuk mohon miti online

Susulan dari pengumuman Perdana Menteri untuk lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan PKP, pihak industri telah diberi kelonggaran untuk beroperasi setelah bercuti selama 28 hari iaitu lebih kurang 2 minggu.  Syarikat di dalam sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi hanya boleh memulakan perniagaan selepas mendapat kelulusan dari MITI.

Berikut adalah senarai sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sempena lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk fasa ke 3 sehingga 28 April.

Permohonan untuk syarikat meneruskan operasi sepanjang PKP kan hanya dibuka pada 13 April 2020, Isnin, 9.00 pagi di www.miti.gov.my

 

Maklumat yang pelu disediakan oleh pihak syarikat sebelum membuat permohonan untuk beroperasi adalah:

1. Maklumat pendaftaran syarikat termasuk nombor SSM, nombor lesen keutamaan dan nombor lesen Pihak Berkuasa Tempatan

2. Alamat korespondensi dan operasi syarikat. Bagi alamat operasi, syarikat dibenarkan membuat senarai maksimum sebanyak 10 lokasi

3. Anggaran pendapatan syarikat untuk tahun 2017, 2018 dan 2019

4. Bilangan pekerja tetap syarikat, maklumat setiap pekerja, termasuk nama, kad pengenalan, nombor telefon atau maklumat pegenalan lain serta sifat/skop kerja di syarikat

Tiada kertas, semua digital

Pastikan setiap pekerja membawa surat kebenaran dari pihak syarikat dan dilampirkan dengan surat kebenaran MITI untuk ke pejabat atau semasa diminta oleh pihak berkuasa. Kegagalan pekerja syarikat mematuhi syarat ini akan menyebabkan kelulusan untuk syarikat anda beroperasi akan ditarik balik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.