Cara Untuk Memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang mempunyai perniagaan kecil  dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro. Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memansuhkan kadar faedah 2% untuk usahawan PKS dan Mikro yang terjejas dengan wabak COVID-19.

Langkah BSN ini adalah sejajar dengan keprihatinan Kerajaan dengan Pakej Prihatinan PKS dengan dana tambahan sebanyak RM10 Billion. Diharapkan usawan PKS dapat meneruskan perniagaan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini. Wabak COVID19 ini adalah sesuatu yang tidak dijangka. Malapetaka kepada seluruh negara buat masa kini. Dengan kadar kematian yang setiap hari makin meningkat.

Pinjaman maksimum yang disediakan oleh BSN Micro/i Kredit Prihatin  adalah berjumlah RM75 ribu dengan tempoh pembayaran balik adalah setahun hingga 5.5 tahun. Antara kelebihan pinjaman BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah usahawan akan menerima moratarium 6 bulan ke atas bayaran ansuran bulanan.

Usahawan PKS dan Mikro yang layak ?

Antara syarat-syarat yang perlu di penuhi untuk memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin ini adalah seperti berikut :

  1. Usahawan mikro yang terjejas dengan wabak Covid-19
  2. Perusahaan Miro-Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn Bhd
  3. Dimiliki oleh Warganegar Malaysia
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa atau separuh masa
  5. Perniagaan telah beroperasi selama 6 bulan atau lebih

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan SSM atau Lesen Perniagaan dengan PBT yang sah
  2. Salinan Kad pengenalan semua pengarah/pemilik tunggal/rakan kongsi
  3. Penyata akaun bank syarikat untuk 3 bulan terkini
  4. Lain-lain dokumen sokongan jika diperlukan oleh pihak bank

Kelulusan permohonan akan mengambil masa 6 hari bekerja dan permohonan boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2020. Tiada cagaran diperlukan walaupun bayaran ansuran akan bermula pada bulan 7.

Kepada usahawan PKS dan Mikro yang berminat anda boleh menghubungi pegawai Eksekutif Pembiayaan Perniagaan BSN yang bertanggungjawab. Sila lihat disini untuk mengenal pasti pegawai yang berdekatan dengan kawasan anda.

Untuk dapatkan borang permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin , sila download di SINI

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [404.29 KB]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.