Cara Untuk Membuat Permohonan Baharu i-Lestari Online

Pihak KWSP telah melakukan penambahbaikan untuk permohonan baru i-Lestari Online. Sebelum ini pencarum yang ingin melakukan permohonan pengeluaran i-Lestari terpaksa membuat permohonan dengan mendaftar mengunakan email.

Pemohon diminta menghantar salinan kad pengenalan dan bil telefon serta lain-lain dokumen. Oleh kerana kapasiti yang tinggi, mailbox KWSP sentiasa full dan tidak dapat dihantar.

Langkah penambahbaikan oleh KWSP untuk permohonan baharu ini hanya memerlukan pemohon untuk mengisi maklumat secara online dengan 9 langkah sahaja. Tanpa perlu mengupload apa-apa dokumen pun.

Langkah-langkah untuk memohon i-Lestari online adalah seperti berikut :

  1. Sila layari ilestari.kwsp.gov.my
  2. Pilih permohonan baru
  3. Isikan nama penuh, No MyKad, No telefon , alamat emel, alamat dan poskod

  4. Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan RM 500 adalah maksimum
  5. Pilih ban dan masukkan Nombor Akauan ban (Simpanan/Semasa) yang aktif
  6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon

  7. Baca dan Fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU
  8. Pastikan seua makluamt yang diisi adalah betul dan Tepat sebemul menekan butang HANTAR
  9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar

Mudah bukan, anda tidak perlu upload apa-apa dokumen. Just isi dan tick sahaja.

 3 Langkah Untuk Semak Status Permohonan

Setelah permohonan anda selamat dihantar, anda boleh melakukan permohonan selepas 2 HARI selepas anda membuat permohonan.

  1. Mudah sahaja, just klik Semak Status Permohonan
  2. Masukkan no mykad dan nombor telefon anda. Kemudian klik SEMAK
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan

 

Sumber : iLestari KWSP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.