Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN (GKP) RM 3000

cara mohon

1. Apakah Geran Khas PRIHATIN?

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off
berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro
yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka
yang terjejas akibat wabak COVID-19.

2. Siapakah yang layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
mikro seperti berikut:
– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan
– Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
dan
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian
Kewangan Malaysia.

3. Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar
secara one-off.

4. Bagaimanakah memohon Geran Khas PRIHATIN?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
Permohonan secara manual tidak akan diterima.

5. Bilakah tarikh permohonan Geran Khas PRIHATIN bermula?

Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

6. Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu
pertama Jun 2020

7. Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak
Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah
saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di
borang permohonan dalam talian semasa memohon.

8. Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

9. Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

 

Sumber : FAQ GKP

Panduan Pengguna Mendaftar GKP RM 3000

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [732.40 KB]

1 thought on “Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN (GKP) RM 3000”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.