KUALA LUMPUR, 14 November– Prihatin dengan golongan yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta bagi Bantuan Zakat Kecemasan.

Dua syarat utama bagi permohonan bantuan ini adalah:

1)  Pemohon tinggal di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan
2) Pemohon adalah bukan dari penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP

Permohonan bantuan ini akan dibuka secara dalam talian menerusi link ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakathttp://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat mulai (16 Nov -27 Nov 2020 )

Mereka yang menjadi tumpuan kali ini adalah :

a) Pemandu teksi/ e-hailing
b) Pengawal keselamatan
c) Peniaga-peniaga kecil
d) Hilang pekerjaan akibat COVID-19
e) Lain-lain golongan yang terkesan akibat COVID-19.

Mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020.

Bantuan Zakat Kecemasan ini bukan kali pertama yang diluluskan yang mana bantuan ini telah mula dibuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac lalu. Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan dan telah membantu seramai 23,340 orang.

APAKAH FUNGSI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

  • Pengurusan kutipan dan agihan Zakat
  • Menyelaras dan melaksanakan tugas dalam membuat kutipan zakat di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
  • Melaksanakan agihan zakat kepada asnaf yang layak mengikut hukum syarak.
  • Menggubal kaedah-kaedah Baitulmal dalam melaksanakan agihan zakat.
  • Melaksanakan kegiatan pembangunan harta-harta MAIWP
  • Menubuhkan syarikat-syarikat yang berfungsi sebagai melaksanakan tugas-tugas MAIWP dan juga memenuhi tuntutan fardu kifayah yang memberi keuntungan kepada MAIWP.
  • Merancangan dan berusaha untuk menambahkan harta MAIWP melalui pemilikan hartanah dan pelaburan-pelaburan yang berlandaskan syariah.
  • Menyediakan garis panduan yang jelas dalam urusan penubuhan syarikat dan juga pembangunan hartanah di MAIWP.
  • Memajukan tanah-tanah MAIWP untuk kepentingan ummah.

 

  • Melaksanakan pembangunan modal insan
  • Merancang dan melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal kepada pelajar-pelajar yang kurang kemampuan untuk mendapatkan pendidikan.
  • Menyediakan dan melaksanakan institusi pendidikan kemahiran kepada kaum remaja selaras dengan keperluan semasa.
  • Membangun dan menyediakan kemudahan pembelajaran asas kanak-kanak melalui penubuhan tadika-tadika Islam.
  • Bertanggungjawab dalam membela nasib wanita yang bermasalah dan juga keluarga yang tiada tempat tinggal.