Bantuan One Off RM200 Pelajar IPT

Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan bantuan one-off bagi pelajar IPT di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Bantuan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pelajar IPT.

Siapakah pelajar yang layak untuk menerima Bantuan One-Off RM200 ini?

I. Warganegara Malaysia; dan

II. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:

  • ┬áPelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS);
  • Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
  • Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa.
  • ┬áPelajar IPT diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas di institusi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar/ MARA

 

Cara Untuk Pelajar Mohon dan Menyemak Status kelayakan masing-masing?

Kesemua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui pegawai di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing.

Pelajar diminta menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemaskini dokumen / maklumat-maklumat berikut :

i. Salinan kad pengenalan

ii. Nombor akaun bank dan nama bank

iii. Salinan penyata / buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank); dan

iv. Nombor telefon bimbit / emel

 

Bagaimanakah bantuan tersebut akan disalurkan kepada pelajar?

Bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing (sekiranya memenuhi syarat-syarat di perkara no.2 di atas) mulai hujung bulan April 2020 oleh institusi masing-masing.

Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di Institusi masing-masing.

 

Bagaimana sekiranya pelajar tidak mempunyai bank akaun?

Bantuan akan disalurkan ke akaun bank milik pelajar sahaja. Pelajar perlu membuka akaun bank sekiranya masih belum mempunyai akaun bank sendiri.

 

Sumber : MOF

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [178.89 KB]

 

Khas untuk pelajar UiTM, anda boleh kemaskini bank akaun anda di FinEPortal sebelum 20 April 2020. Bayaran akan dilakukan selewat-lewatnya 10 Mei setelah peruntukan diterima dari Kementerian Kewangan.

Tatacara untuk kemaskini akaun anda di fineportal adalah seperti berikut :

Sumber : UiTM Financial Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.