Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin Tambahan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 6 April 2020. Pakej ini yang berjumlah RM10 B diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin 2/3 daripada jumlah pekerja swasta masih mempunyai pekerjaan.

Antara langkah tambahan yang telah diperkenalkan adalah seperti berikut :

1. Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau perlepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada PKS diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 sehingga Jun 2020.

  • (Nota: Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut)

2. Bantuan sewa seperti pemberian diskaun atau pengecualian bayaran yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP

3. Geran Khas PRIHATIN RM3000 untuk setiap pengusaha PKS mikro (pengusaha pasar malam, penjaja dll) Jumlah geran RM2.1 B akan memanfaatkan 700,000 PKS mikro

4. Menggalakkan rundingan antara majikan dengan pekerja mengenai terma perkerjaan termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gai dalam tempoh PKP.

5. Subsidi upah selama 3 bulan kepada pekerja tempatan bergaji sehingga RM4,000 sebulan sebanyak:

  • RM1,200 sebulan bagi gaji pekerja perusahaan mikro dan kecil (1-75 pekerja)
  • RM 800 sebulan bagi gaji pekerja syarikat sederhana (76-200 pekerja)
  • RM 600 sebulan bagi gaji pekerja syarikat besar (> 200 pekerja)

6. Pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit kerja tamat antara 1 April hingga 31 Disember 2020

7. Moratarium 30 hari untuk syarikat mengemukakan dokumen berkanun

Perlanjutan tempoh menyerahsimpan penyata kewangan syarikat selama 3 bulan.

8. Memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 J di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN)

Memansuhkan kadar faaedah 4% kepada 0% untuk pinjaman mudah di bawah TEKUN Nasional yang berjumlah RM200 J.

  • ( Nota: Pemohon hanya boleh memilih salah satu kemudahan sama ada dari BSN atau TEKUN Nasional
    Pemansuhan 4% kadar faedah pinjaman TEKUN adalah bagi pinjaman baharu sahaja)