Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor ingin menjemput anak-anak Negeri Selangor yang berusia tidak  kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut :-

1 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
2 PENOLONG JURUAUDIT W29
3 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
4 JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
5 PEMBANTU OPERASI N11
6 PEMBANTU AWAM H11
7 PEMANDU KENDERAAN H11
8 PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29

Cara Memohon  

  • Kepada calon yang layak, anda dikehendaki untuk memohon secara online dengan mendaftar di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor di SINI
  • KLik “Daftar AKaun Baru” untuk mendaftar. Kemudian isi maklumat yang diperlukan. Pastikan email yang diberi masih aktif.

Tarikh Tutup : 17 JAN 2020

 

 

JAWATAN :  PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19

KLASIFIKASI  : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (N)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA BERKELAYAKAN SPM
TARAF JAWATAN : KONTRAK

JADUAL GAJI :

Gaji  Minimum : RM1,352.00
Gaji  Maksimum :  RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)
(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di
Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan
(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah
dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang
dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab
pemohon sendiri.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) (i)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00); atau(ii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,408.40); atau

(iii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,464.80).

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi diperingkat
Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk,
tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas Pentadbiran am, pengurusan personel,
perkhidmatan kaunter dan pemprosesan,pengumpulan data dan pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

Syarat Tambahan
Kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM/ SVM.

JAWATAN : PENOLONG JURUAUDIT GRED W29
KLASIFIKASI : KEWANGAN (W)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA BERKELAYAKAN STPM/ DIPLOMA
TARAF JAWATAN : KONTRAK

JADUAL GAJI :
Gaji Minimum : RM1,498.00
Gaji Maksimum : RM5,678.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)
(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di
Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan
(iv)
Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii)
hendaklah
dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang
dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab
pemohon sendiri.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) (i)
Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau(ii)
Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
(iii)
Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau
perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktirf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau

(iv)
Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of
United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 :RM2,001.68)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
dan

(i)
Bidang Kelayakan Akademik : Perakaunan

Deskripsi Tugas
Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktiviti-aktiviti
Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang
yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Syarat Tambahan
Kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM/ SVM.