UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :
Bil.
Skim Perkhidmatan
Gred Skim
Taraf Jawatan
Penempatan
Skop Tugas
1.
Juruterapi Pergigian
U29
Tetap
Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan kepada staf, pelajar dan pelanggan.
Bertanggungjawab memberi perkhidmatan dan pendidikan kesihatan pergigian yang spesifik untuk kesihatan mulut yang optimum.
Bertanggungjawab dalam operasi pentadbiran dan pengurusan serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
2.
Pembantu Kemahiran (Kayu/Paip)
H19
Kontrak
Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
3.
Pembantu Akauntan
W19
Kontrak
Bertanggungjawab membantu aktiviti promosi, pelan pemasaran produk Pusat Wakaf dan Zakat USIM.
Membantu kerja-kerja kewangan melibatkan kutipan zakat dalam USIM (AMIL), perbelanjaan dan pembayaran, laporan berkala serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.
4.
Pemandu Kenderaan
H11
Kontrak
Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur / Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Berpengalaman mengendalikan bas dengan baik serta bertanggungjawab menjaga bas di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
5.
Pengawal Keselamatan
KP11
Kontrak
Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
6.
Pembantu Operasi
N11
Kontrak
Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan dokumen-dokumen lain serta membuat salinan fotostat surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan.
7.
Pembantu Perawatan Kesihatan
U11
Kontrak
Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
Bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
BUTIRAN PERMOHONAN :
Permohonan hendaklah dibuat menerusi website http://www.usim.edu.my mulai 28 Mac 2019 (Khamis). Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.