Permohonan adalah dipelawa kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkelayakan untuk memohon jawatan di SPA secara online untuk jawatan berikut :

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

SPM/SVM/SKM (KUMPULAN PELAKSANA)

Jawatan : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
Kekosongan : 34
Simpanan : 30

Maklumat mengenai syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui http://www.spa.gov.my/…/guest/deskripsi-tugas/spm-sijil/3813

Tarikh tutup permohonan : 29 Disember 2019 (Ahad) jam 11.59 malam

Cara Memohon 

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
ATAU
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Juruteknik Komputer Gred FT19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,377.00RM4,052.00RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
        • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Jurutera JA29


Tips Penting ketika temuduga
Rahsia Lengkap Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
[+] https://klikjom.com/RLTK
+] https://klikjom.com/RLTK

Dapatkan Ebook PERCUMA ‘50 Contoh Soalan Temuduga Kerajaan‘
http://klikjom.com/50Soalan

Join grup telegram cari kerja kosong https://t.me/jomcarik3rja
Join grup wasap cari kerja kosong https://klikjom.com/wsupgrup