IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
=============================================

JURU X-RAY GRED U29
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

Kekosongan : 32

Kelayakan : 

Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau yang setaraf dengannya.

Keperluan Bidang

-Diploma Pengimejan Perubatan; atau

– Diploma Pengimejan DIagnostik dan Radioterapi;atau

– Diploma Radiografi

Tarikh tutup permohonan : 20 Oktober 2019 (Ahad) jam 11.59 malam

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
ATAU
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan berikut :
http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/diploma/4970

Juru X-Ray

  • Gred: U29, U32, U36, U41
  • Kumpulan:Pelaksana / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
    GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    U29RM1,797.00RM5,753.00RM145.00
    U32RM2,331.00RM6,394.00RM155.00
    U36RM3,590.00RM7,605.00RM180.00
    U41RM2,429.00RM9,656.00RM225.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
    LANTIKAN KE GRED U29

      1. Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
      2. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    LANTIKAN KE GRED U41

      1. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengimejan diagnostik dan radioterapi, pengimejan perubatan, radiografi, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).
      2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Juru X-Ray Gred U29

    1. Tanggungjawab klinikal
    2. Aspek pengurusan organisasi
    3. Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
    4. Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.
    5. Pendidikan dan latihan
    6. Teknologi terkini :
      1. Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
      2. Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.
  • Deskripsi Tugas:
    Juru X-Ray Gred U41

    1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
      • Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
      • Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.
    2. Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu
      • Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
      • Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.
    3. Fungsi Pengurusan
      • Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
    4. Latihan dan Penyelidikan
      • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-Ray semasa penempatan klinikal.
      • Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.
    5. Tugas-Tugas Sokongan
      • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.

Sekian, terima kasih.